Isnin, 14 September 2009

PRK Baqan Pinang!

1. UMNO Bahagian Bagan Pinang yakin dapat mempertahankan DUN Bagan Pinang pada PRK yang dijangka diadakan tak lama lagi kerana keadaan UMNO yang stabil di Bagan Pinang kata ketua bahagiannya Tan Sri Isa Samad.

2. Selalunya kata kata UMNO bertentangan melihat kepada PRK yang lepas. Tok tak pernah berharap calon UMNO kali ini mempunyai latabelakang yang tidak bersih. Biar PAS dan UMNO bertarung secara anak jantan.

3. Tetapi jika UMNO masih mengulangi menawarkan calon yang korup seperti biasa, adalah menjadi tanggungjawab PAS dan PR untuk memberitahu kepada pengundi-pengundi Bagan Pinang khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

4. Jika benarlah UMNO sudah stabil di Bagan Pinang, Tok harap UMNO dapat meminta dan menekan SPR supaya membubarkan undi POS di Bagan Pinang. Biar warga Tentera dan Polis keluar mengundi seperti pengundi yang lain. Biar PAS dan UMNO bertanding secara telus dan adil demi rakyat Malaysia dan pengundi Bagan Pinang.

5. Malaysia seperti yang diwar-warkan oleh UMNO/BN adalah negara yang stabil. Tiada pengganas dan pemberontak yang aktif bergiat di dalam negara. Jadi kenapa bab mengundi BN tidak mahu membiarkan tentera dan polis untuk mengundi seperti pengundi lain selaras dengan keamanan yang dikecapi oleh negara Malaysia.

6. Setidak-tidaknya, jika UMNO/BN tak ada 'telor' pon, UMNO/BN perlu memintan SPR untuk memansuhkan Borang 2 dalam peraturan pengundian pos itu.

7. Namun, adalah menyedihkan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang memberi respon segera kepada apa yang disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz Omar (Harakahdaily.net/Berita Harian, 7 September 2009), yakni Borang Lampiran 2 tidak akan dimansuhkan kerana prosedur itu mengikut undang-undang dan butiran peribadi termasuk nama, nombor MyKad dan nombor siri kertas undi yang diberikan kepada pengundi pos tidak pernah didedahkan.

8. Untuk pengetahuan Tan Sri Aziz, banyak perkara di Malaysia yang mengikut undang-undang. Tetapi ini tidak bermaksud ianya tidak boleh di mansuhkan atau diubah demi kemaslahan ummah dan rakyat Malaysia. Contohnya akta ISA juga sekarang ini adalah mengikuti undang-undang negara tetapi hampir semua rakyat Malaysia mahu ianya dimansuhkan atau dikaji semula demi keadilan dan kemakmuran rakyat dan negara tercinta.

9. Tok berpendapat setiap undang-undang di negara ini yang boleh disalahgunakan perlu segera dikaji semula atau dimansuhkan. Lainlah ianya undang-undang dan hukum Allah SWT.

10. Tok merasakan adalah amat pelik kenapa Borang Lampiran 2 itu diwajibkan kepada semua pengundi pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.

11. Tok masih mengharap SPR dapat melakukan sesuatu demi amanah rakyat, keadilan dan ikhlas dalam bekerja. Kita pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti akan apa yang kita perlakukan di dunia ini. SPR perlu melakukannya sesuatu sekarang sebelum terlambat. Ketahuilah doa rakyat yang tertindas ada mujarab.

12. Tok pasti UMNO Bagan Pinang pun suka undi-undi POS yang berjumlah lebih 5000 itu dimansuhkan demi keadilan pengundi-pengundi Bagan Pinang. Seperti maksud kata Tan Sri Isa, "UMNO Bagan Pinang dah stabil dan kuat sekarang".

Tiada ulasan: