Isnin, 29 Disember 2008

SENARAI SEMAK DAFTAR PEMILIH PARLIMEN KUALA TERENGGANU


Mernurut Setiausaha Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau), Mohd Suhaimi Embong, daripada 80,229 orang yang didaftarkan sebagai pemilih di Parlimen Kuala Terengganu, terdapat kira-kira 75 nama pengundi yang berusia lebih 100 tahun. termasuk mereka yang berumur 116 tahun..Beliau turut mendakwa sebanyak 302 orang yang berumur lebih 90 tahun, manakala 1,308 orang pula di kalangan mereka yang berumur lebih 80 tahun.

Ringkasnya, pengundi yang berumur 80 tahun ke atas adalah berjumlah 1685 yakni 2.1% jumlah keseluruhan pengundi.

Yang tok hairan tu, tidak pernah tok lihat UMNO/BN melaporkan kesilapan pada senarai semak daftar pemilih, mereka sentiasa setuju and menganggap senarai itu tepat dan berpuas hati dengan kerja SPR. Apa makna ini??.. kita fikir la sendiri

Ahad, 28 Disember 2008

Antara ucapan pemimpin-pemimpin islam negara yang menghina hudud.


i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)

iii) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.
( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)

iv) Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)

v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)

vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)

vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir b. Mohamed : 4.8.1994)

viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)

ix) Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)

Jumaat, 26 Disember 2008

Apakah Ahli Parlimen Rembau dikira menang dalam majlis Wacana Transformasi Politik Malaysia bila hukum Hudud dipermainkan?

Isu Hudud dan Qisas yang dibangkitkan oleh individu yang tidak layak untuk membangkitkan isu itu sedang heboh dipermainkan oleh pihak UMNO dan BN. Kenapa saya kata beliau tidak layak? Isu tersebut telah sengaja dibangkitkan hanya bertujuan untuk memecah belah ikatan kukuh di antara komponen parti politik Pakatan Rakyat (PR). Sebagai seorang islam, kita perlu tahu tuntutan Hudud itu adalah dari Allah (SWT) dan bukannya dari PAS. PAS hanya ingin melaksanakan tuntutan agama di tanah melayu bumi Allah yang tercinta ini. Kalau beliau ikhlas, kenapa tidak diusulkan tentang hudud ini di dalam perhimpunan agong UMNO pada bulan Mac 2009 nanti. Kalau YB Khairy Jamaluddin (KJ) dan UMNO tidak pernah mahu dan berniat walaupun sedikit untuk melaksanakan tuntutan hudud ini jangan lah menjadi batu penghalang kepada Pas untuk melaksanakannya. Sebagai seorang islam KJ patut bantu Pas untuk melaksanakannya. Malah KJ patut malu untuk mengaku islam kalau beliau sendiri tidak pernah berniat untuk melaksanakan tuntutan hudud itu serta cuba menjadi batu penghalang seterusnya menyukarkan lagi Pas untuk melaksanakannya.

Sememangnya seluruh ahli berdaftar Pas tahu bahawa tuntutan Hudud itu tetap menjadi matlamat perjuangan selagi ianya tidak ditanggalkan dari perlembagaan Pas yang termaktub di bawah Fasal 5: (i). Keperluan Hudud ini tidak akan pernah hilang dari hati sanubari ahli Pas serta tidak akan pernah dapat dikorbankan oleh sebarang permainan politik kawan mahupun UMNO dan BN.

KJ jangan sekali kali merasa berpuas hati atau bangga dapat menimbulkan pertelingkahan di antara komponen Pakatan Rakyat. Prinsip perjuangan ahli-ahli PAS tetap sama dari dulu, kini dan selamanya selagi nyawa dikandung badan. Pendokong Pas sentiasa menimbangkan dosa dan pahala yang menjadi panduan di dalam berpolitik. Pas yakin bahawa selepas kematian segala perjuangannya akan dihitung dan dihisab oleh Allah. Pas sekali-kali tidak akan melupakan prinsip perjuangan ini demi menjaga hati komponen PR mahupun BN. Pas sekali-kali tidak akan mengatakan ‘ya’ atau ‘tidak’ kepada “hudud” demi hanya untuk kemenangan di PRK Kuala Terengganu nanti. Ia adalah tuntutan Allah dan bukannya ‘isu’ seperti yang dianggap oleh KJ dan puak-puak UMNO dan BN. Biarkan tuntutan hudud ini kami selesaikan sesama komponen PR. Malah kini di Malaysia, terdapat juga golongan bukan islam yang bersedia menyokong tuntutan Hudud. Kenapa tidak UMNO yang mengaku berjuang kerana agama. Ketahuilah dengan izin dan pertolongan Allah, tuntutan itu pasti dapat dilaksanakan suatu hari nanti. Hudud itu datangnya dari Allah bukan dari Pas.

Adalah juga satu kesilapan dan fitnah bila KJ menyatakan Pas membuang prinsip begitu saja bila Husam memperbetulkan kenyataannya dari segi teknikal atau pelaksanaan. Husam bukannya membetulkan kenyataannya dari segi prinsip dan asas perjuangan Pas terhadap Hudud. Sebagai seorang muslim, kita mesti sentiasa ingin menentang yang mungkar dan melaksanakan yang dituntut oleh Allah s.w.t termasuk tuntutan Hudud dan Qisas.

Selasa, 23 Disember 2008

Najib tuduh PAS hanya membawa isu Hudud dengan ketibaan PRK di KT

Najib dengan sekoyong-koyong menuduh PAS hanya membangkitkan isu hudud bertujuan untuk menarik undi untuk PRK di Kuala Terengganu. Tahukah Najib yang isu hudud itu telah sengaja di bangkit oleh menantu lelaki PM, KJ bertujuan untuk memutuskan ikatan antara PAS dan PR khasnya DAP. Sememangnya Naib Presiden PAS tidak mahu membangkitkan isu ini, tetapi budak "Arrogance of Power" itu telah mencabar Husam Musa dan PAS amnya. Lain kali Tok minta Najib tidak mengeluarkan komen yang semborono begini. Malu Tok punya PM seperti ini.

Satu lagi, Najib mempersoalkan kenapa PAS tidak melaksanakan Hudud dan Qisas itu di Kelantan mahupun Terengganu. Apalah punya rendahnya tahaf otak TPM kita.. macam tak sekolah pulak si bakal PM kita yang merapu ini.. Wahai puak UMNO begini kah bakal presiden kamu??? Kalau Tok jadi orang UMNO.. punya la malunya Tok ini..