Jumaat, 6 November 2009

20 Senarai Pengkhianatan UMNO terhadap orang melayu.

Sesungguhnya, parti assobiah melayu UMNO sering mengaku dan menghebahkan akan parti merekalah yang telah berjasa kepada bangsa Melayu dan membawa kemajuan kepada bangsa Melayu. Tetapi bagaimanakan tentang pengkhianata UMNO pula kepada bangsa melayu yang dinafikan UMNO.

Dibawah ini senarai 20 pengkhianatan UMNO terhadap bangsa/orang melayu (harakahdaily, 6 Nov 09: Wan Nordin Wan Yaacob)untuk tetapan seluruh rakyat Malaysia dan bangsa melayu khasnya:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

Banyak lagi pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu sebenarnya, tapi tidak dapat disenaraikan di sini kerana mungkin ianya agak sensitif atau boleh melanggar akta OSA.

Tok harap orang melayu sedar la siapakah UMNO sebenarnya. Jangan beri mereka peluang lagi untuk terus mengkhianati bangsa melayu.

Khamis, 5 November 2009

PERUT SENDIRI DIDAHULUKAN, KAUM KERABAT DIUTAMAKAN

Sempena jawaban Najib di parlimen berkenaan isu tuntutan royalti minyak kerajaan negeri Kelantan yang mewakili rakyatnya, tok dapat melihat bertapa kecewanya rakyat Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Sememangnya telah tok menjangka awal-awal lagi begini lah akan jadinya. Kerana apa? Kerana sifat "Perut sendiri didahulukankan, kaum kerabat diutamakan" telah menjadi satu sifat sebati pemimpin dan puak puak UMNO selama ini. Slogan "Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan" hanyalah satu retorik yang ingin menutupi slogan yang senang mereka amalkan. Buktinya, Najib sanggup mengecewakan rakyat Kelantan dengan menukarkan wang royalti minyak kepada wang ehsan yand dapat memberi habuan kepada kontraktor-kontraktor yang mendukungi UMNO selama ini.

Najib tidak pernah ingin membantu rakyatnya dengan ikhlas, tidak pernah mengangap kerusi Perdana Menteri yang diduduki beliau adalah satu amanah Allah kepada beliau untuk dijalankan dengan penuh amanah, iklas dan adil kepada semua rakyat Malaysia dan mengikuti undang-undang negara.

Najib dilihat beranggapan Malaysia ini beliau yang punya. Banyak undang-undang yang dilanggari oleh beliau tanpa ada rasa takut kepada Allah. Adalah malang sekali rakyat Malaysia mempunyai Perdana Menteri seperti Najib.

Tok sekali lagi meminta Najib mempertimbangkan hak rakyat Kelantan itu dan segera memulangkan wang royalti minyak itu kepada kerajaan Kelantan untuk digunapakai untuk memajukan negeri dan rakyat Kelantan. Pulangkan hak kepada yang empunya.

BERTAPA KECEWANYA KERAJAAN DAN RAKYAT KELANTAN BERKENAAN ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN!

KOMEN PEMBACA ARTIKEL DI HARAKAHDAILY.NET: Kelantan akan dapat wang ehsan sahaja
Oleh Dzulfikar Mashoor

______________________________________________________________________

CUBA TEMAN-TEMAN BACA KELUHAN DAN KEKECEWAAN RAKYAT KELANTAN DI BAWAH:

1. Najib jelas mempermainkan rakyat Kelantan....rakyat jelas ditipu hidup-hidup...duit tu bukan royalti tapi hanya diut ehsan... tak seberapa pun dan bukan terus pada kjaan negeri. - Teropong Jauh,Shah Alam.

2. cadang agar kerajaan kelantan bawa segera ke mahkamah isu royalti seblum terlambat...royakti dan duit ehsan tak sama. jangan biarkan BN/UMNO...sesekakli kita ajarrr mereekaa. - Jais POmen, Sentul.

3. sokong supaya dibawa ke mahkamah dgn segera,kami rakyat terengganu nama saja dapat wng ehsan,tapi berapa kerat saja yang dapat?yang dapatnya ahli2 umno yg kaya2.orang kampung yg miskin dapat hampas.jgn biarkan baka umno ini terus menerus dgn kerja jahat mrk. - Abd Ghani.

4. Sebagai rakyat Kelantan, saya terasa amat dihina dan disisih oleh kerajaan saya sendiri bila PM Najib dengan sinis seperti mempermain-mainkan rakyat kelantan. Saya berdoa kepada Allah agar beliau ditimpa bencana kerana sesunguhnya duit royalti adalah hak rakyat Kelantan seluruhnya, bukan wang ehsan yang akan ditadbir oleh pengkhianat. -Mohd Asri, Sri Gombak.

5. busuk punya orang, memang kerajaan bawah najib mewarisi pemimpin zalim yang umno era baru bermula dari.....jikalau ketua pemimpin mempunyai hati yang begitu busuk yang dapat dilihat, apa lagi yang kita x dapat lihat - rakyat yang byk tertindas oleh bn. -Nazrei Yunus.

6. Salam.. Najib ni cuma baca skrip yang telah di tulis, macam khatib baca teks atas mimbar laa. - ayahcu.

7. BAGI NAJIB SEGGALA2NYA KUASA ADA PADANYA........................BIARKAN....ALLAH AKAN BALAS PADA ORANG YANG ..............................MACAM SYAITAN. TENGOK SAJA APA JADI PADA MAHATIR.................KASUT ORANG GANTUNG KAT GAMBARNYA.....................TERHINA RASA ......TAPI ORANG2 MACAM TU TAK RASA APA2.... -ZAIDAH O.

8. Sudah la bonus kerajaan tak nak bayar, gaji pekerja bawahan jatuh kepada paras miskin dibandar, duit royalti minyak hak kelantan tak nak bagi. Rakyat didahulukan atau perut sendiri didahulukan. - cakap saja, negeri sembilan.

9.Jika kita nak tahu bahawa kerajaan Kelantan berhak atau tidak keatas hasil buminya ini senang saja jawabannya, Kelantan keluar dari Malaysia dan kita tengok selepas keluar dari Malaysia adakah hasil minyak itu masih boleh menjadi hak Malaysia atau Kelantan, sebagaimana kata najib yg hasil minyak itu tidak berhak di berikan kepada Kelantan ekoran berada di dlm kawasan pertindihan.Saya sebagai anak Kelantan menyokong dengan sepenuhnya jika ada usaha untuk mengeluarkan negeri Kelantan dari Malaysia, kerana saya amat pasti yg mana kerajaan Kelantan dapat membangunkan negerinya sendiri tanpa bantuan dari kerajaan persekutuan yg selama ini pun terus menerus mengabaikan dan menindas dan menafikan hak2 rakyat Kelantan.Saya juga amat yakin dengan pemimpin2 kerajaan Kelantan yg mana memang sudah terbukti cemerlang dalam mentakbir urus negeri Kelantan dan terbukti tidak mengamalkan rasuah sebagai mana pemimpin2 di kalangan Umno. - Anak jati Kelantan.

9. Attn to: Datuk Seri Najib...saya syor kerajaan pusat bina kompleks sukan yang lengkap yang mengandungi stadium bertaraf nasional di kelantan sebagai bayaran tunggakan wang royalti petroleum.-Nick Yafiaz.

10.Jelas Najib dan BN anggap kekayaan negara ini adalah Mak Bapak diaorang yang punya, dengan angkuh menafikan hak rakyat Kelantan. UMNO BN adalah pewaris kepimpinan 'toghut'. -addin77.

11> U : undi dan pilih bn
M : mereka tidak kenal baik dan buruk
N : niaya budaya amalan
O : orang ramai (rakyat) sentiasa diperbodohkan. -Mohd Akhir.

12. Salam , kepada semua mujahid PAS dikelantan.Saya mewakili suara hati teman teman dikelantan.Soal royalty minyak ini akan menjadi satu perjuangan yang tidak akan pupus selagi Golongan perompak dan penyamun masih bermaharaja lela di singgahsana Malaysia.mereka beranggapan semua yang ada didalam Negara ini adalah mereka yang punya,dari jawapan yang diberikan oleh Najibtunya itu menampakan kesombongan dan kebongkakan seorang perdana menteri yang bersultan dihati kerana membuat sesuatu itu tampa memikirkan kesan jangka panjang terhadap rakyat Kelantan.Sepertimana mereka mengguna pakai wang royalty Terengganu dengan mengubah wang royalty kepada wang ehsan dengan tidak memberi peruntukan itu terus kepada kerajaan negeri suatu ketika dulu.Dan kini episod itu akan berulang kembali di Kelantan kerana dengan duit yang ada itu mereka cuba untuk memikat hati rakyat Kelantan melalui JPP.Dan akhir kata dari saya hanya ada satu jalan untuk mengembalikan hak RAKYAT KEPADA RAKYAT di Malaysia ini iaitu dengan menukar perompak dan penyamun itu pada pilihan raya yang akan datang..dan ketika itu barulah mereka sedar tinggi rendahnya langit itu..Ayuh bangun seluruh bangsa ku , untuk kita bersatu merintih jalan membina tamadun bangsa dan Agama yang ulung. -Anuar.

13. Rakyat kelantan dan penyokong PR boleh boikot barangan keluaran GLC dan syarikat/koporat yg menyebelaji BN. -Yusof Anak Muda.

14.Saya syorkan kepada kerajaan negeri Kelantan supaya menghentikan serta merta pembayaran hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat sehingga kerajaan pusat melunaskan hutangnya dahulu kepada kerajaan negeri Kelantan, dan kerajaan Kelantan juga patut mengenakan faedah terhadap hutang royalty yg tertunggak selama 4 tahun. - Anak jati kelantan. _