Khamis, 5 Mac 2009

AMPUN TUANKU SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN

Patik pacal yang hina, dengan segala sembah, ingin memohon DYMM Sultan Perak untuk membubarkan DUN Negeri Perak dan seterusnya mengadakan semula pelihanraya negeri demi menyelesaikan kemelut politik di Perak negeri Tuanku dan negeri Patik juga. Semua rakyat mengharapkan tindakan segera Tuanku untuk menyelesaikan kekusutan di negeri Perak ini. Semua rakyat Perak mahupun Malaysia pasti akan bertambah hormat, setia dan menyanjungi tindakan Tuanku membubarkan DUN negeri demi rakyat Tuanku.
Patik dan rakyat sekelian sekali lagi memohoh Tuanku akan melakukan tindakan yang betul demi negeri Perak dan Negara Malaysia.