Khamis, 23 Oktober 2008

Sidang DUN Selangor

Hilang kisah Dato Mokhtar Dahlan,, kini sibuk diperkatakan perbentangan budget di Sidang DUN Negeri Selangor.. ada yang memuji, menbenci dan ada yang kata "No comment".
Maka tok tengok pada dasarnya budget yang dibentang itu ada banyak faedahnya rakyat negeri Selangor.. tapi satu je tok tengok... Kerajaa Selangor dengan berani menaikkan PGK dari RM731 ke RM1,500.00. Syabas Tok ucapkan kepada kerajaan kerana keperihatinan kerajaan baru kita..ini bermakna kerajaan sekarang menafsirkan pendapatan purata sesebuah keluarga yang dibawah rm1500 adalah dianggap miskin oleh kerajaan negeri. Dengan itu, kerajaan negeri perlu melihat segera pendapatan gaji kakitangan kerajaan negeri, terutamanya guru-guru agama di selangor yang dibawah paras rm1000. Kerajaan negeri kenalah tunjukkan contoh kepada kerajaan BN dan kerajaan negeri PR yang lain.

Isnin, 6 Oktober 2008

Ada yang tiba-tiba nak menjadi Hero di Selangor!

Tersenyum kambing tok, bila tak semena-mena bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan cuba menjadi hero dan orang yang perlu dirujuk dalam isu perobohan Kuil Sri Mahakaliaman di Tasik Ampang. Menurut beliau, kerajaan negeri perlu mencontohi kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang lebih bijak dan boleh bertolak ansur sehinggalah kebanyakan isu rumah ibadat di negeri ini berjaya diselesaikan dengan baik. Apa cerita perobohan kuil di Padang Jawa semasa pemerintahan UMNO, sehingga menjadi salah satu penyebab kekalahan UMNO/BN di Selangor pada PRU12 lalu dan kerana itu juga orang nombor satu Selangor bertikam lidah dengan orang nombor satu MIC sehingga memerlukan campur tangan PM. Orang kata, “merata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”. Puak-puak UMNO dan media mereka sekarang dilihat sedang mencari isu-isu sensitif untuk diketengahkan dan disemarakkan untuk membangkitkan parasaan tidak tenteram antara kaum. Kononnya, pada zaman pemerintahan UMNO/BN keadaan adalah lebih baik dan terkawal dibandingkan dengan pemerintahan Pakatan kini. Tapi, tok pasrah sebab itulah kerja yang tinggal dan dapat dilakukan oleh puak-puak UMNO sebagai pembangkang. Tok harap, rakyat Malaysia umumnya dan Selangor khasnya dapat membaca niat serong puak-puak ini, dan dapat bertindak dengan bijak dalam menangani isu-isu yang sensitif seperti ini. Biarkanlah puak-puak UMNO itu terjun ke sungai dengan labu-labu mereka