Isnin, 6 Oktober 2008

Ada yang tiba-tiba nak menjadi Hero di Selangor!

Tersenyum kambing tok, bila tak semena-mena bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan cuba menjadi hero dan orang yang perlu dirujuk dalam isu perobohan Kuil Sri Mahakaliaman di Tasik Ampang. Menurut beliau, kerajaan negeri perlu mencontohi kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang lebih bijak dan boleh bertolak ansur sehinggalah kebanyakan isu rumah ibadat di negeri ini berjaya diselesaikan dengan baik. Apa cerita perobohan kuil di Padang Jawa semasa pemerintahan UMNO, sehingga menjadi salah satu penyebab kekalahan UMNO/BN di Selangor pada PRU12 lalu dan kerana itu juga orang nombor satu Selangor bertikam lidah dengan orang nombor satu MIC sehingga memerlukan campur tangan PM. Orang kata, “merata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”. Puak-puak UMNO dan media mereka sekarang dilihat sedang mencari isu-isu sensitif untuk diketengahkan dan disemarakkan untuk membangkitkan parasaan tidak tenteram antara kaum. Kononnya, pada zaman pemerintahan UMNO/BN keadaan adalah lebih baik dan terkawal dibandingkan dengan pemerintahan Pakatan kini. Tapi, tok pasrah sebab itulah kerja yang tinggal dan dapat dilakukan oleh puak-puak UMNO sebagai pembangkang. Tok harap, rakyat Malaysia umumnya dan Selangor khasnya dapat membaca niat serong puak-puak ini, dan dapat bertindak dengan bijak dalam menangani isu-isu yang sensitif seperti ini. Biarkanlah puak-puak UMNO itu terjun ke sungai dengan labu-labu mereka

Tiada ulasan: