Rabu, 30 September 2009

SPRM oh SPRM!!!!

1. Setelah keluarnya lanpron Transparency International Malaysia yang menempatkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia di tangga ke 47 dan mengalahkan negera entiti haram Israel, maka sekoyong terasalah bahang panas yang amat sangat oleh pengerusi SPRM akan fakta yang baru dikeluarkan itu.

2. Maka untuk menegakkan benang basah, si pengerusi tadi bangun untuk menyalahkan cara pengiraan yang tidak adil oleh Tranparency International itu. Mungkin pengerusi tersebut adalah pakar dalam bidang metamatik dan statistik.

3. Sebenarnya, yang lebih pedas lagi adalah kenyataan TI yang SPRM menjalankan dan mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih. Semua rakyat Malaysia tahu akan perkara ini dan tidak boleh disembunyikan lagi.

4. Juga menurut TI Malaysia, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.

5. Ini terbukti bila calon yang didapati bersalah mengamalkan rasuah politik telah dipilih untuk bertanding pada PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti. Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mesti tak boleh berkata apa apa bila PM menamakan pesalah rasuah politik untuk menentang calon parti Islam Semalaysia.

6. Bolehkan rakyat Malaysia percaya akan seseorang yang didapati bersalah kerana rasuah politik untuk menjaga wang peruntukan untuk rakyat bagi kawasan DUN beliau. .

7. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah walaupun Dato Seri Said Hamdan memberi seribu alasan. Jangan cuba untuk menegak benang basah. Tepuk dada tanya iman.

Selasa, 29 September 2009

Najib/Muhyiddin mengesahkan Malaysia diperintah sebuah kerajaan yang membenarkan rasuah

1. Setelah sekian lama menunggu keputusan UMNO/BN dengan debaran, samada menerima atau menolak calon yang pernah terpalit dengan kes rasuah politik. Teguran dan nasihat Tun Mahathir dan juga Khairi Jamaluddin telah tidak diendahkan oleh Najib dan Muhyiddin demi untuk memastikan kemenangan dipihak UMNO/BN untuk PRK ke 8 disemenanjung Malaysia ini setelah tumpas kesemua tujuh PRK yang lepas.

2. Maka benarlah seperti apa yang didedahkan oleh sebuah NGO Transparency Internal yang meletakkan indek rasuah Malaysia jauh tercorot berbanding dengan negera jiran Singapura.

3. Maka retorik memerangi rasuah yang diwar-warkan oleh Najib melalui kesinambungan Pak Lah adalah jelas merupakan mainan dibibir merah Najib sahaja.

4. Bagi Pas, integriti seseorang calun ADUN adalah perkara utama yang dilihat sebelum memilih seseorang itu menjadi calun. Tetapi criteria itu tidak dapat dilakukan oleh UMNO kerana kebanyakan calon yang dicadangkan semuanya terlibat di dalam rasuh samada kecil atau besar, samada yang tersurat mahupun yang tersirat.

5. Dengan ini, tok berharap pengundi di Bagan Pinang dapat berfikir dan mengambil keputusan yang tepat akan siapakah yang perlu diundi pada 11 Oktober 2009 nanti.

6. Jangan sekali kali kita menyokong calon yang pernah atau suka mengamalkan rasuah kerana negara kita boleh runtuh kerana rasuah. Jangan negara kita nanti menjadi lebih teruk dari Somalia yang terkenal dengan lanun-lanunnya.

7. Bagi tok, suka kepada calon yang ingin menegakkan Islam untuk semua.

Khamis, 24 September 2009

SPR perlu bertindak segera untuk memulihkan keyakinan rakyat!

1. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Kementerian Pertahanan digesa untuk membaiki proses pengundian Pos pada pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini sekiranya ingin memulihkan pandangan jijik dan meloya rakyat Malaysia terhadap ketidakadilan dan berat sebelah suruhanjaya tersebut. Pengerusinya perlu bertindak segera dari dipergunakan atau diperkudakan oleh UMNO/BN dengan membelakangkan kepentingan rakyat dan negara.

2. PRK Bagan Pinang ini merupakan satu plaform yang terbaik buat SPR untuk dilihat adil dan mengutama dan mendahulukan rakyat.

3. Jika cadangan yang diberi oleh berbagai pihak, baik dari badan politik mahupun NGOs, ada berhas dan dapat menghilangkan rasa sangsi rakyat kepada proses pilihanraya itu sendiri, kenapa cadangan tersebut langsung tidak diendahkan malah berbagai alasan alasan yang tidak munasabah diberi untuk meneruskan proses yang sedia pincang itu.

4. SPR dipertanggung jawab untuk menjalan and memastikan proses pilihanraya dapat berjalan dengan lancar dan adil demi rakyat Malaysia. Maka tanggungjawab itu perlu dijalankan dengan amanah.

5. Tok pasti rakyat akan menghukum mereka yang tidak adil, berat sebelah dan mementingkan diri sendiri dan kroni kroninya.

Rabu, 16 September 2009

Luahan Rasa Ahli Akademik BN yang kecewa di ruang komentar blog Chedet.

1. Apabila pemimpin dipilih menerusi makan suap, maka dia pun akan memerintah kementerian dengan penuh makan suap supaya mendapat balik pulangan yang dilaburkan.

2. Bila Makan suap, ia tak kenal siapa rakyat samada yang cerdik pandai, profesor, naib canselor atau rakyat marhain.

3. Kementerian Pengajian Tinggi dah tiga kali bertukar menteri dalam lima tahun. Paling pelik bilamana kementerian yang mempunyai terlalu ramai cerdik pandai bertaraf PhD dan profesor tapi sentiasa bertukar menteri kalau ada rombakan kabinet.

4. Ini kerana taraf autonomi IPT membuatkan pemimpin agak sukar nak makan suap. Maka ia hanya makan suap di Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja. Jadilah dia menteri politeknik. Tapi di IPT , makan suap tetap berlaku menerusi pembolotan projek secara halus.

5. Pengurusan IPT perlu akur kepada menteri dan KSU untuk membolehkan mereka kekal di jawatan tinggi mereka di IPT. Perlu lah disuapkan kepada pemberi wahyu ini kalau nak bertahan lama. Kalau tidak mereka akan turunlah sebagai profesor kontrak saja.

6. Suara rakyat IPT yang cerdik sudah dikunci tutup. Susahlah nak bersuara kerana nak menjaga periuk nasi, sambung kontrak dan kekal jawatan NC dan TNC. NC dan TNC pula mengunci suara yang dibawahnya.

7. Marahkan kepada pemimpin IPT dan kementeriannya. Tetapi masih sayangkan BN. Nak undi pembangkang, pemimpinnya tidak ada moral langsung. Maka dibuat pilihan ketiga iaitu TIDAK KELUAR MENGUNDI. Biarlah orang lain yang menentukan kerajaan pilihan. Biarlah kami dengan dunia akademik kami.

8. Lagipun memang dasar BN untuk mempastikan orang yang berpendidikan tidak masuk BN. Bimbang mereka tak boleh lagi makan suap.

9. Maka parti pembangkang pun membuka laluan kepada golongan profesional. Tak hairanlah wakil rakyat dari golongan profesional terutama bukan melayu lebih ramai di pihak pembangkang. Wakil bukan melayu pula yang bukan profesional. Jadi siapalah sebenarnya akan memerintah selepas GE13 nanti. Atau siapa pula jadi boneka macam di Selangor?

By drnurdin on September 15, 2009 3:49 PM

Isnin, 14 September 2009

PRK Baqan Pinang!

1. UMNO Bahagian Bagan Pinang yakin dapat mempertahankan DUN Bagan Pinang pada PRK yang dijangka diadakan tak lama lagi kerana keadaan UMNO yang stabil di Bagan Pinang kata ketua bahagiannya Tan Sri Isa Samad.

2. Selalunya kata kata UMNO bertentangan melihat kepada PRK yang lepas. Tok tak pernah berharap calon UMNO kali ini mempunyai latabelakang yang tidak bersih. Biar PAS dan UMNO bertarung secara anak jantan.

3. Tetapi jika UMNO masih mengulangi menawarkan calon yang korup seperti biasa, adalah menjadi tanggungjawab PAS dan PR untuk memberitahu kepada pengundi-pengundi Bagan Pinang khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

4. Jika benarlah UMNO sudah stabil di Bagan Pinang, Tok harap UMNO dapat meminta dan menekan SPR supaya membubarkan undi POS di Bagan Pinang. Biar warga Tentera dan Polis keluar mengundi seperti pengundi yang lain. Biar PAS dan UMNO bertanding secara telus dan adil demi rakyat Malaysia dan pengundi Bagan Pinang.

5. Malaysia seperti yang diwar-warkan oleh UMNO/BN adalah negara yang stabil. Tiada pengganas dan pemberontak yang aktif bergiat di dalam negara. Jadi kenapa bab mengundi BN tidak mahu membiarkan tentera dan polis untuk mengundi seperti pengundi lain selaras dengan keamanan yang dikecapi oleh negara Malaysia.

6. Setidak-tidaknya, jika UMNO/BN tak ada 'telor' pon, UMNO/BN perlu memintan SPR untuk memansuhkan Borang 2 dalam peraturan pengundian pos itu.

7. Namun, adalah menyedihkan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang memberi respon segera kepada apa yang disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz Omar (Harakahdaily.net/Berita Harian, 7 September 2009), yakni Borang Lampiran 2 tidak akan dimansuhkan kerana prosedur itu mengikut undang-undang dan butiran peribadi termasuk nama, nombor MyKad dan nombor siri kertas undi yang diberikan kepada pengundi pos tidak pernah didedahkan.

8. Untuk pengetahuan Tan Sri Aziz, banyak perkara di Malaysia yang mengikut undang-undang. Tetapi ini tidak bermaksud ianya tidak boleh di mansuhkan atau diubah demi kemaslahan ummah dan rakyat Malaysia. Contohnya akta ISA juga sekarang ini adalah mengikuti undang-undang negara tetapi hampir semua rakyat Malaysia mahu ianya dimansuhkan atau dikaji semula demi keadilan dan kemakmuran rakyat dan negara tercinta.

9. Tok berpendapat setiap undang-undang di negara ini yang boleh disalahgunakan perlu segera dikaji semula atau dimansuhkan. Lainlah ianya undang-undang dan hukum Allah SWT.

10. Tok merasakan adalah amat pelik kenapa Borang Lampiran 2 itu diwajibkan kepada semua pengundi pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.

11. Tok masih mengharap SPR dapat melakukan sesuatu demi amanah rakyat, keadilan dan ikhlas dalam bekerja. Kita pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti akan apa yang kita perlakukan di dunia ini. SPR perlu melakukannya sesuatu sekarang sebelum terlambat. Ketahuilah doa rakyat yang tertindas ada mujarab.

12. Tok pasti UMNO Bagan Pinang pun suka undi-undi POS yang berjumlah lebih 5000 itu dimansuhkan demi keadilan pengundi-pengundi Bagan Pinang. Seperti maksud kata Tan Sri Isa, "UMNO Bagan Pinang dah stabil dan kuat sekarang".

Jumaat, 4 September 2009

Keadilan SPR dituntut oleh rakyat Malaysia.


Tok memang kecewa dengan keputusan SPR untuk mengekalkan ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif walaupun tok awal-awal sudah mejangkakan keputusan itu akan memihak kepada BN. Tok bagaikan mengharapkan sesuatu yang mustahil. Tetapi satu rakyat Malaysia tahu siapakah SPR?, baik pihak PR mahupun BN sendiri.
Bagaimanpun di sini, Tok masih mengharap dan menyeru kepada SPR supaya menjalankan tugas dengan penuh amanah, adil dan tidak memihak kepada mana pihak dan badan politik. Semua itu demi kemajuan Negara Malaysia yang tercinta. Kita akan dipertanggungjawabkan apa yang diamanahkan kepada kita di akhirat kelak.
Tok melihat, Negara akan terus aman dan damai, dan mencapai kemajuan lebih awal dari tahun 2020 sekiranya, 3 badan kerajaan iaitu SPR, SPRM dan PDRM bertindak adil tanpa mengira bulu dan menjalan tugas demi agama, bangsa dan Negara bukannya demi UMNO atau BN.

Rabu, 2 September 2009

17 Pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu!


Buat ingatan rakyat Malaysia, berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu yang disenaraikan oleh Dato' Kamaruddin Jaafar:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10.Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11.Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12.Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13.Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14.Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15.Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16.Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17.Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Selasa, 1 September 2009

tokpepijat: SPR tidak boleh hidupkan orang mati.....


Seperti dijangkakan SPR memutuskan tiada PRK bagi DUN Kota Seputeh walaupun ADUNnya terang-terang melanggar peraturan DUN Kedah yang menyatakan mana-mana ADUN yang tidak hadir persidangan 2 kali berturut-turut tanpa pengetahuan Speaker secara automatiknya kerusi itu kosong.

Keputusan ini mengulangi apa yang berlaku pada DUN Perak dimana arahan Speaker tidak dipatuhi oleh SPR.

Nampaknya kuasa SPR melonjak menjadi seolah-olah "diktaktor". Berkuasa penuh menentukan pilihanraya samada boleh atau tidak. Walaupun menyalahi undang-undang tubuh negeri yang diluluskan oleh Dewan dan diperkenankan oleh Sultan. Memang hebat SPR selaku "perkakas dan ahli kompenen UMNO" !

Fungsi SPR seperti juga PDRM yang boleh menentukan lulus atau tidak permit untuk adakan perhimpunan. Jika tidak ada perkenan UMNO, jangan harap boleh lulus. Begitu juga dengan SPRM. Rasuah besar manapun atau bersaiz "Gunung Everest", jika tuan kepada SPRM tidak perkenan, jawabnya simpan je bawah karpet!

Hanya KEMATIAN yang boleh mengalahkan kuasa SPR. Ini kerana SPR tidak boleh "menghidupkan" semula ADUN atau Ahli Parlimen yang mati.

Moga perhimpunan UMNO nanti, jangan lupa Setiausaha Agung UMNO jemput bos SPR,SPRM dan PDRM hadiri Persidangan Agung UMNO sebagai ahli kompenen UMNO bukan BN !