Khamis, 18 Februari 2010

Kartika & Hukum Sebatan!

1. Sekoyong koyong, maka Menteri Dalam Negeri mengistiharkan dengan bangganya bahawa Kartika Sari Dewi bukan lagi orang yang pertama akan di rotan kerana kesalahan syariah. Tok pon agak keliru kenapa pak Menteri kita itu mahu orang lain dulu dirotan daripada Kartika.

2. Maka pak Menteri dalam negeri pun berkata bahawa jangan di hebohkan isu-isu hukuman yang belum dijatuhkan ke atas Kartika Sari Dewi itu kononnya takut mencemarkan kesucian Islam. Bila pula pak Menteri itu mengambil berat tentang kesucian islam?

3. Juga Pak Menteri Dalam Negeri berkata hukuman keatas 3 wanita islam yang disebat itu adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada mereka. Tapi tok nak tanya kenapa pula pengajaran kepada Kartika Sari Dewi pak Menteri lewatkan?

4. Dulu, pak Menteri juga berkata pihak penjara tidak ada kepandaian dalam merotan wanita mengikut cara islam. Sedangkan banyak ahli bijak pandai islam di Malaysia ini sedia memberi bantuan untuk tujuan itu.

5. Tetapi tiba-tiba 9 Februari lepas pandai pula pihak jabatan penjara menjalankan hukuman rotan itu..sedangkan hukuman Kartika Sari Dewi masih tidak dijalankan.

6. Tok pasti semua rakyat Malaysia yang prihatin tentang isu Kartika Sari Dewi ini inginkan jawapan sebenar.. bukan nya jawapan retorik yang cuba menghilangkan isu yang sebenar.

7. Tok harap pihak UMNO/BN tidak lagi cuba mempermainkan hukum Allah..jangan sampai Allah menurunkan bala ke atas semua rakyat di Malaysia..

Sabtu, 13 Februari 2010

Busuk sudah nama negara Malaysia!

1. Tok lihat nama baik jalur gemilang kian hilang ditelan zaman.

2. Zaman ini PM Malaysia telah dituduh oleh pihak akbar antarabangsa terlibat dengan pembunuhan Altantunya. Namun Tok hairan kenapa Malaysia tidak mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat tuduhan itu. Tapi sebenarnya seluruh rakyat Malaysia yang berilmu mengetahui kenapa penakutnya kerajaan Malaysia untuk menyaman pihak tersebut dan memulihkan nama baik perdana menteri Malaysia.

3. Kes liwat DSAI mula mendapat perhatian antarabangsa sehingga 50 ahli parlimen dan politik Australia menghantar memorandum agar kerajaan Malaysia menghentikan sandiwara itu. Tok lihat orang luar pon boleh menilai kebenaran tuduhan dan ketidak adilan mahkamah yang dilihat tidak professional dan berat sebelah.

4. Tok teringin sangat melihat mahkamah mengendalikan kes kes berprofil tinggi dengan secara adil dan saksama tanpa ditekan oleh pihak pihak tertentu. Mahkamah perlu segera memulihkan kepercayaan rakyat akan keluhuran undang undang di negera Malaysia.

5. Selagi empat entiti penting negara iaitu PDRM, SPRM, SPR, Mahkamah dilihat bertindak tidak professional dan berat sebelah seperti sekarang,rakyat akan sentiasa merasa resah, pihak luar akan memandang rendah negara ini, negara ini pasti sukar atau gagal untuk menjadi negara maju pada 2020 nanti.

6. Cuba kita lihat bagaimana 4 entiti diatas dijalankan di negara negara maju. Entiti entiti tersebut amatlah professional dan tidak double standard seperti di Malaysia.

Khamis, 11 Februari 2010

Keputusan Polling Keputusan Mahkamah berkaitan Menteri Besar Perak!

Sehingga kini, keputusan polling oleh Sinar Harian Online amatlah membanggakan rakyat negeri Perak:

Keputusan Mahkamah Persekutuan isytihar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah diterima semua pihak:

Setuju - 7%
Tidak Setuju - 93%

Jumlah yang mengambil bahagian 6855.

Kalau tok jadi DS Zambry Kadir, tak tahu nak letak muka.. Tok harap sinario sedemikian dapat diteruskan sehingga kepada PRU13 nanti.. amin..

Rabu, 10 Februari 2010

Kekecewaan Rakyat Perak

1. Tok dapat rasakan bertapa rakyat Perak dari semua keturunan begitu kecewa oleh penetapan makhamah persekutuan mengekalkan MB BN Zambri sebagai menteri besar perak.

2. Bagaimanapun keputusan ini bukan lah keputusan rakyat Perak yang mahukan keadilan ditetapkan.

3. Zambri kalau benarlah bertujuan untuk mendahulukan rakyat Perak seperti cogankata 1Malaysia, maka Tok menyarankan Zambri segera untuk mengadap paduka Tuanku Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.

4. Marilah kita serahkan kepada rakyat Perak menentukan siapakah yang mereka mahukan sebagai parti yang memerintah negeri dan bukannya mahkamah yang dilihat agak senang disalah gunakan oleh kuasa eksekutif pemimpin negara.

5. Tok sebenarnya amat memuji Ir Nizar kerana tujuan beliau untuk mendapatkan hak sebagai menteri besar Perak adalah untuk menyerahkan keputusan kepada rakyat Perak.
Tapi Zambri dari UMNO hanya cuba untuk mengekalkan kerakusan dalam memegang tampuk pemerintahan negeri walaupun ianya amat rapuh.

6. Akhir sekali Tok menyeru Zambri supaya sedar dan kembalikan keputusan memilih tampuk pemerintahan itu kepada rakyat Perak.

7. Hidup Rakyat Perak..teruskan perjuangan