Isnin, 23 Februari 2009

Jawaban kepada Artikel saudara Muhd Rizal di dalam KLPos bertarikh 7 Februari 2009.

Kalau benar seperti kata saudara Muhd Rizal kerajaan terdahulu lebih konsisten dalam memperjuangan kebajikan rakyat, kenapa pada PRU12 lalu rakyat beralih kepada PR. Jangan fikir rakyat Malaysia bodoh dan tidak dapat menilai yang mana intan yang mana kaca. Rakyat Malaysia tidak dapat lagi diperbodohkan oleh UMNO-BN melalui dakyah di media massa, surat khabar dan internet.Lagi terpelajar rakyat Malaysia maka lagilah mereka menjauh dan membenci UMNO-BN. Kemenangan PR di bandar-bandar besar dan BN di kampung-kampung hulu membuktikan pendapat ini. Untuk pengetahuan saudara Muhd Rizal, YM Sultan Perak hanya boleh memperkenankan perkara yang dicadangkan oleh pemimpin dan YB MB Dato Seri Ir Nizar tidak pernah mencadangkan pengosongan kerusi MB.. macammana YM Sultan Perak tidak memperkenankan perkara yang tak wujud. Tindakan Karpal Singh untuk membawa YM Paduka Sultan Perak adalah bersifat peribadi bukannya dari cadangan PR. Karpal melakukan perkara tersebut atas landasan undang-undang yang dibenarkan menurut perlembagaan dan jalan itu pula dibuka oleh UMNO pada tahun 1993 dengan mengubah perlembagaan Malaysia. UMNO lah yang menanggalkan baju besi atau baju kebal raja-raja Melayu sehingga YM Yang Dipertuan Negeri Sembilan telah berjaya disaman sebanyak USD1 juta oleh Standard Charterd Bank. Kenapa UMNO tidak mahu mengaku perkara ini?.UMNO lah yang sebenarnya penderhaka Raja-Raja Melayu. Sekarang UMNO cuba berselindung dan mengheret raja-raja Melayu dalam kancah politik sempit mereka. Kenapa tidak diserahkan kepada rakyat untuk menyelesaikan masalah politik yang melanda di Perak?? Terimalah cabaran ini dan jangan sesekali mengheret raja-raja ke kancah poltik. Jawapaya satu, UMNO tak ada telo dan penakut yang hanya pandai bermain kata. Kita perlu meletakkan raja-raja Melayu mengatasi politik Negara supaya kedaulatan raja-raja Melayu dapat dijaga sepanjang zaman.

Teks penerangan Ir Nizar Jamaluddin, MB Perak Baru ini.

Di bawah adalah sebahagian dari teks penerangan Ir Nizar Jamaluddin yang menyentuh tentang isu 47000 lots tanah kampung baru cina di Perak..Sedarlah rakyat Malaysia amnya dan rakyat Perak khasnya, siapakah UMNO sebenarnya?????? Semoga Allah menjauhkan kita dari mendekati golongan ini:


"Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.

2. 5,000 ekar di Bruas

3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO."

TUN rasa kelakar terhadap PAK LAH

Tersenyum Tok bila Tun kata Pak Lah kelakar betul suruh si Dr Zamri, MB haram Perak, untuk membuat repot polis kerana Speaker DUN Perak menggunakan kuasa speaker untuk menghalang Dr Zamri dan exco baru beliau dari menghadiri sidang DUN Perak. Betul kata TUN kalau ini dibenarkan maka banyak la ahli dewan rakyat yang akan membuat laporan polis bila dihalang hadir ke Parlimen mahu pon DUN Negeri. Pak Lah..kalakar sungguh la Pak Lah ni... "Orang UMNO-BN pasti tersenyum kambing mendengar arahan Pak Lah"

Jumaat, 20 Februari 2009

PAK LAH NAK TUNJUK PANDAI DALAM POLITIK PERAK

Tok dapati Pak Lah mengarahkan Menteri Besar Haram Perak dan enam exco baru tak malu Perak untuk hadir dalam siding DUN walau pun telah digantung oleh Speaker DUN Perak dengan kuasa yang ada pada beliau. Sekali lagi puak batak UMNO ini nak melanggar undang-undang dan pelembagaan Negara. Setelah Najib kini Pak Lah pula yang nak melanggar undang-undang perlembagaan Negeri Perak mahupun Malaysia. Mereka ingat Negara ini mereka punya. Negara ini rakyat yang punya, Negara ini ada undang-undang, hormati lah undang-undang Negara ini.

Speaker cuma menjalankan tindakan yang dianggap sesuai dan bertujuan untuk menghormati undang-undang tubuh negeri Perak. Tapi pada masa yang sama terpaksa tidak menghormati perkenan YM Sultan Perak tetapi ditegaskan disini tidak pernah melanggar undang-undang tubuh negeri Perak. Kalau Pak Lah tak puas hati gunakanlah saluran yang betul seperti juga speaker DUN Perak. Cabarlah tindakan Speaker DUN Perak itu melalui Mahkamah Perundangan seperti yang dilakukan oleh YB MB Perak Ir Dato’ Seri Nizar Jamaluddin. Pak Lah jangan sekali-kali menyalahgunakan Polis untuk politik beliau yang sempit, tamak dan riak. Kalau MB Haram Perak dah dihalang ke Sidang DUN maka patuhlah saja. Kalau muka beliau benar-benar tak malu dan tebal macam kulit badak sumbu maka lakukan lah perkara tak senonoh tu… Rakyat Perak yang akan menjadi hakim nanti..Tok ingatkan kita ni orang Melayu yang ada sopan, budaya dan mematuhi undang-undang bukan nya orang hutan.

Sabtu, 14 Februari 2009

RAKYAT PERAK AKAN MENGHUKUM UMNO DAN BN PADA 7 APRIL 2009 NANTI!

Sebagai salah seorang rakyat Perak, di sudut hati tok mengajak rakyat negeri Perak untuk memulakan segera kerja menghukum penyangak politik yang tak tahu malu dan tak reti bahasa. Jadi dengan ucapan Bismillahirrahmaanirrahim, mari kita mula kerja mulia itu dengan mengalahkan UMNO di PRK parlimen Bukit Gantang P059 pada hari keramat 7 April 2009 nanti. Pastikan UMNO malu semalunya sampai Presiden UMNO pon tak sanggup nak turun ke Perak. Kita perlu memberi pengajaran pada sikap gelojoj dan tamak pemimpin UMNO itu yang tidak pernah mengambil berat tentang hati dan perasaan rakyat Perak, tidak berani berdepan dengan PR secara gentlemen serta mempergunakan institusi raja demi kepentingan politik dan perut mereka.

Isnin, 9 Februari 2009

Ucapan Khas MB Perak Dato' Seri Ir Nizar (MB Sah Perak)

Bismilahir Rahmanir Rahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.


Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

Menteri Besar Perak

Ahad, 8 Februari 2009

LANUN NEGARA MERAMPAS KERAJAAN NEGERI PERAK

Siapa kah lanun negara tu? tak lain tak bukan UMNO la.. siapa lagi.. Tak malu punya UMNO..tak reti bahasa.. rakyat Perak dah tolak parti sial tu..tapi tak faham-faham ke lagi?.. mengambil adun yang dituduh rasuh menjadi penyelamat parti .. Tun Mahathir pon tak setuju UMNO mengambil adun yang tidak berkualiti itu untuk masuk ke dalam UMNO.. tapi apa UMNO kisah, UMNO pon bukan parti yang bermaruah dan berkualiti.. perkara buruk dan hapak itu sudah menjadi amalan UMNo dari dulu, kini dan selamanya.. Kalau UMNO masih berdegil, rakyat Perak akan pastikan UMNO ditolak sepenuhnya pada PRU13 nanti.. Hancur UMNO..