Sabtu, 3 Oktober 2009

Perperangan Sebenar Bermula Hari Ini.

1. Tanggal 3 Oktober 2009, bermulanya penamaan calon di PRK Bagan Pinang. Akhirnya hanya dua calon yang bertanding di PRK Bagana Pinang itu iaitu dari BN Tan Sri Isa Samad dan dari PR parti Pas Saudara Zulkifli Mohd Omar. Calon bebas yang baru sahaja meletakkan jawatan dari PKR gagal mendapatkan pencadang dari pengundi Bagan Pinang dan akhirnya ditolak oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang bertugas.

2. Tok tak faham bagaimana calon bebas gagal dapat memndapatkan pencadang dari pengundi Bagan Pinang. Beliau cuma ada seorang penyokong dari pengundi Bagan Pinang. Adakah hanya kerana seorang penyokong beliau sanggup meletak jawatan dan bertanding di PRK Bagan Pinang. Tok harap selepas ini Shahruddin Abdul Hamid akan bermuhasabah diri akan tindakan yang dilakukan beliau ekoran dari PRK Bagan Pinang itu.

3. Akhir sekali, tok berharap pengundi akan dapat membuka hati dan fikiran, berfikir semasak-masaknya sebelum membuang undi. Apakah seorang yang mengamalkan rasuah perlu diberi undi atau seorang yang ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara.

4. Sekiranya kita terus memberi undi kepada BN yang merelakan rasuah maka negara ini boleh musnah dik rasuah yang diamalkan oleh pemimpin UMNO/BN. Contohnya Transparency International Malaysia baru sahaja mengeluarkan index percepsi rasuah negara yang jatuh teruk ke tangga 47. Bayangkan Singapore mendapat tempat antara 10 terbaik negara yang tidak mengamalkan rasuah.

5. Kepada pengundi-pengundi yang dihornmati di Bagan Pinang datanglah mengundi beramai-ramai. Jalankan tanggungjawab kita dengan iklas bervisi. "Selamat mengundi Pas Pakatan Rakyat" pada 11 Oktober nanti.

6. Semoga Allah merahmati anda semua.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Sudah tiba masanya penduduk Bagan Pinang berperanan.

1. Masanya sudah tiba penduduk Bagan Pinang, memainkan peranan mereka untuk menyelamatkan negara dari unsur-unsur rasuah.

2. Rasuah yang menjadi darah daring sesetengah golongan politik perlu dibendung oleh rakyat Malaysia dan penduduk Bagan Pinang perlu memulakannya dan menjadi pemangkin kepada pembendungan rasuah yang sedang membentuk menjadi barah di Malaysia ini.

3. Dengan memberi undi kepada pihak yang bersih dan membenci rasuah, penduduk BP akan sentiasa dihargai oleh rakyat Malaysia yang membenci rasuah.

4. Tok percaya sesungguhnya pengundi di Bagan Pinang telah didedahkan dengan keperluan dan peranan yang perlu dijalankan untuk memberi pengajaran kepada UMNO/BN yang dilihat begitu sinonim dengan amalan rasuah dinegara ini.

5. Malah, sekali lagi calon UMNO/BN PRK Bagan Pinang itu adalah merupakan bekas pesalah rasuah politik yang amat disanjung oleh penyokong UMNO. Malah UMNO sendiri yang menjatuh dan menyabitkan kesalahan rasuah calon tersebut.

6. Bagi tok, bila penyokong sanggup dan sedia menyokong seorang bekas pesalah rasuah, maka ada sesuatu yang tidak kena kepada pandangan dan pegangan penyokong-penyokong itu. Yang pastinya, perkara ini boleh membawa kemudaratan kepada negara Malaysia tercinta.