Jumaat, 2 Oktober 2009

Sudah tiba masanya penduduk Bagan Pinang berperanan.

1. Masanya sudah tiba penduduk Bagan Pinang, memainkan peranan mereka untuk menyelamatkan negara dari unsur-unsur rasuah.

2. Rasuah yang menjadi darah daring sesetengah golongan politik perlu dibendung oleh rakyat Malaysia dan penduduk Bagan Pinang perlu memulakannya dan menjadi pemangkin kepada pembendungan rasuah yang sedang membentuk menjadi barah di Malaysia ini.

3. Dengan memberi undi kepada pihak yang bersih dan membenci rasuah, penduduk BP akan sentiasa dihargai oleh rakyat Malaysia yang membenci rasuah.

4. Tok percaya sesungguhnya pengundi di Bagan Pinang telah didedahkan dengan keperluan dan peranan yang perlu dijalankan untuk memberi pengajaran kepada UMNO/BN yang dilihat begitu sinonim dengan amalan rasuah dinegara ini.

5. Malah, sekali lagi calon UMNO/BN PRK Bagan Pinang itu adalah merupakan bekas pesalah rasuah politik yang amat disanjung oleh penyokong UMNO. Malah UMNO sendiri yang menjatuh dan menyabitkan kesalahan rasuah calon tersebut.

6. Bagi tok, bila penyokong sanggup dan sedia menyokong seorang bekas pesalah rasuah, maka ada sesuatu yang tidak kena kepada pandangan dan pegangan penyokong-penyokong itu. Yang pastinya, perkara ini boleh membawa kemudaratan kepada negara Malaysia tercinta.

Tiada ulasan: