Isnin, 19 April 2010

Zaid dan Arak..

1. Tok begitu kecewa sekali bila perkara ini telah dibangkitkan oleh UMNO yang telah berjanji untuk tidak menyerang peribadi calon yang bertanding pada pilihanraya kecil P094 Hulu Selangor.

2. Rupanya Tok lupa UMNO tidak akan pernah sekali berubah dari sikap hipokrit mereka. Golongan ini adalah golongan yang akan mengambil kesempatan dari kekurangan peribadi seseorang dan akan mempergunakannya habis-habisan demi kepentingan politik mereka yang sempit.

3. UMNO tidak sepatutnya mengungkit isu arak ini kerana sudah diketahui umum Zaid sudah pun berubah sejak beliau menyertai Pakatan. Beliau sudah bertaubat dan meminta keaampunan dari Allah SWT dan mengerjakan haji di Mekah.

4. Kesalahan meminum arak ini adalah kesalahan antara hamba dengan Allah dan tidak melibatkan individu lain. Sekiranya seseorang itu sudah berubah, bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu, maka seseorang itu tidak ada hak dan menjadi kesalahan untuk mengungkitkan perkara itu lagi.

5. Adalah ditakuti seseorang itu akan mendapat saham dan menanggung dosa peminum arak itu sekiranya beliau kembali meminum arak kerana tindakan ungkitan oleh seseorang itu.

6. Perkara ini berlainan dengan kesalahan membunuh , menipu atau mencuri. Pesalah yang membunuh perlu meminta ampun dari Allah dan orang keluarga orang yang dibunuh itu. Seperti kes Altantuya, maka si pembunuh itu perlu meminta maaf dari keluarga Altantuya Saribu itu sendiri untuk mendapat pengampunan Allah.

7. Amnya, Tok pinta janganlah diungkit lagi isu meminum arak ini kecuali Zaid memang masih lagi aktif dengan sifat peminumnya. Tetapi kini terbukti Zaid sudah bertaubat sejak menyertai Pakatan maka adalah tidak adil dan menjadi satu pengkhiatan bila UMNO meneruskan isu arak ini.

8. Tok minta pemimpin UMNO segera hentikan perkara ini. Allah yang lebih mengetahui hambaNya yang bertaubat.