Khamis, 27 Ogos 2009

Idris Jala dilantik sebagai Menteri Penuh BN


1. Tok nak ucapkan tahniah kepada Idris Jala di atas perlantikan beliau sebagai menteri penuh kerajaan BN, di samping pelantikan sebagai CEO Pemandu.

2. Idris Jala akan dilantik sebagai Menteri Tanpa Portpolio di bawah Jabatan Perdana Menteri.

3. Sebagai CEO Pemandu, organisasi yang akan mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI), Idris akan ditugaskan untuk membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

4. Tok lihat sini, Menteri akan melaporkan kepada Menteri. Sini sudah ada dua menteri yang ditugaskan untuk kerja yang sama. Jadi, Tok rasa salah satu menteri itu pasti dikira sebagai "redundant" dan perlu dipecat salah seorang dari mereka. Atau setidaknya ditukarkan ke jabatan yang lain.

5. Dari segi logiknya, bilamana seorang ketua melantik seorang menteri lain melakukan kerja yang sama, maka menteri yang sedia ada dikirakan gagal melakukan kerja yang diharapkan oleh ketua mereka. Ini bermakna mungkin KPI yang diberitakan kepada umum sebelum ini cuma retorik atau tidak lebih dari kaedah untuk ketua mereka mempopularkan diri kepada rakyat.

6. Bilamana, redundancy terjadi, maka salah seorang perlulah dipecat/tukar kerana ini hanya merugikan duit rakyat jelata.

7. Tok rasa lawak bila menteri terpaksa lapor kepada menteri. Sanggupkan Idris Jala menerima jawatan tersebut?

Rabu, 26 Ogos 2009

BN patut gembira jika PRK Kota Siputeh, Kedah diadakan!


WALAUPUN berharap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah tidak kosong ekoran wakil Barisan Nasional (BN) tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut, BN akan tetap akur sebarang keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika memutuskan perlu pilihan raya kecil di kawasan itu.

Perenggan di atas adalah harapan BN terhadap isu kerusi DUN Kota Siputeh. Kenapa BN kata begitu? Kenapa BN takut untuk mengadakan PRK baru di situ? Sepatutnya BN lebih bersemangat untuk mengadakan PRK di situ untuk menebus kekalahan di PRK Permatang Pasir semalam (25 Ogos, 2009).BN patut faham, negara Malaysia ini ada peruntukan undang-undangnya sendiri begitu juga peruntukan kerajaan negeri-negeri baik yang diperintah oleh BN mahupun PR. BN patut menghormati undang-undang yang digunapakai oleh sesuatu kerajaan negeri. Adalah jelas BN tidak menghormati undang-undang negeri Kedah bila TPM Tan Muhyidin Yasin cuba memberi alasan walaupun tahu itu hanya akan melanggar peruntukan undang-undang tubuh negeri Kedah.Adalah amat jelas, nyata dan difahami oleh rakyat Kedah mahupun Malaysia yang mana ADUN dari BN tersebut sudah melanggar peraturan DUN Kedah. Mahu tak mahu undang-undang patut dipertahankan oleh kerajaan dan rakyat. Kita boleh buang undang-undang yang dibuat oleh BN itu sendiri jauh-jauh ke dalam hutan sekiranya BN sendiri tidak menghormati dan mematuhi dengan hati terbuka akan undang-undang ciptaan mereka sendiri. Kalau Tok jadi TPM, malu Tok nak mempertahankan benang yang basah. Semua rakyat akan gelak dan menyampah melihat tingkah laku TPM itu sendiri. Jangan sangka rakyat Malaysia terutamanya rakyat Kedah itu bodoh tak dapat menilai dan memahami undang tubuh negeri Kedah itu yang menyebabkan ADUN Kota Siputeh itu hilang kerusi DUN itu. Tok ingatkan BN jangan lakukan sesuatu yang bodoh dengan menentang undang-undang ciptaan mereka di Kedah. Cubalah memahami hati dan kemahuan rakyat Malaysia, manalah tahu menang pula kali ini BN di Kedah.

Tok teringat kata-kata PM semalam, yang beliau tahu faktor yang menyebabkan kekalahan di PRK Permatang. Jadi apa lagi, segeralah perbetulkanlah faktor itu di Kota Siputeh untuk menjamin kemenangan BN yang pertama kali di Semenanjung selepas PRU12 yang lalu. BN tak teringin ke nak menang si Semenanjung?

Selasa, 25 Ogos 2009

Sekalung Tahniah buat PAS kerana memenangi PRK Permatang Pasir


Tahniah Tok ucapkan kepada Ustaz Salleh Man kerana telah memenangi PRK Permatang Pasir hari ini. Tok juga amat berbangga dengan sokongan yang diberi oleh seluruh jentera pilihanraya PAS, PKR dan DAP. Harapan Tok semoga kerjasama erat antara anggota Pakatan Rakyat ini dapat diteruskan pada sehingga PRU13 nanti. Keputusan PRK Permatang Pasir adalah seperti berikut:

Ustaz Salleh Man (PAS) - 9618 undi
Rohaizat Othman(BN) - 5067 undi

Majoriti : 4551 undi
Undi rosak : 83
Keluar Mengundi :14,832 (73.1 %)
Jumlah Pengundi : 20,290 orang

Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 : PAS menang 5,433 undi.

PRK Permatang Pasir


Hari ini(25 Ogos, 2009)adalah hari pembuangan undi di PRK Permatang Pasir. Tok harap para pengundi semua dapat berfikir dengan waras, bijak dan tidak dipengaruhi oleh habuan kebendaan. Moga-moga Allah membantu dan memberi kerahmatan kepaada anda. Undilah Ustaz Salleh Man, UNDIlah PAS demi kesejahteraan UMMAH. Ingat, jangan mengundi calon BN yang telah dipecat dari keahlian guamannya oleh Majlis Peguam Malaysia kerana kesalahan pecah amanah. Bagaimana kelak seorang yang didapati bersalah pecah amanah dapat memimpin anda dan bagaimana pula boleh diamanahkan memegang peruntukan jutaan ringgit nanti. UNDIlah PAS. Amin ya Rabbula'lamin....

Jumaat, 14 Ogos 2009

PRK Permatang Pasir


Tok benar-benar terpegun melihat peranan si Zaid Haimidi di Permatang Pasir. Beliau awal-awal lagi dapat menghidu kewujudan ahli-ahli UMNO yang merancang untuk mensabotaj PRK Permatang Pasir nanti. Wah! Pandainya beliau. Beliau malah memberi amaran betapa seriusnya yang beliau akan memecat ahli-ahli UMNO tersebut dalam masa 60 hari. Tok lihat beliau benar-benar terganggu dengan perkembangan terbaru ini. Nasib baiklah beliau dapat menghidu perangcangan sabotaj itu.

Masalahnya, berkesankah amarana beliau itu, mahukah ahli-ahli UMNO mendengar kata-kata beliau? Tapi yang pasti perpecahan dalam UMNO sudah wujud sebelum lagi penamaan calon di PRK Permatang Pauh ini. Yakinkah si Zaid bahawa UMNO akan dapat merampas DUN ini dari PAS Pulau Pinang?

Selasa, 11 Ogos 2009

Replika Gergasi Najib di Batu Caves,.

Tok nak lihat komen dari pemimpin-pemimpin BN tentang replika gergasi Najib di Kuil Hindu Batu Caves yang Tok rasa lebih besar dari replika Anwar tahun lepas. Antara komen pemimpin-pemimpin BN terhadap replika Anwar adalah seperti berikut:

1. Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, wang replika itu sepatutnya disalurkan kepada golongan rakyat miskin yang lebih memerlukannya di negara ini. Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya Anwar serta penyokongnya melaksanakan projek-projek bermanfaat untuk rakyat.

2. Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang melihat daripada perspektif Islam pula berkata, pembinaan replika gergasi gambar tersebut adalah tidak diizinkan di sisi agama.

3. Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berpendapat, tindakan parti PKR mendewa-dewakan Anwar itu jelas bercanggah dengan budaya rakyat tempatan.

Dulunya heboh satu negara tentang ketaksuban penyokong PKR ke atas Anwar, tapi kenapa pula tidak dihebohkan tentang replika Najib ini. Semua ini menunjukkan sikap hipokrit pemimpin-pemimpin BN dan media-media utama negara. Jangan salahkan rakyat sekali lagi bila kerajaan BN tumbang pada PRU13 nanti disebabkan oleh sikap hipokrit dan ketidakadilan kerajaan BN.

Selasa, 4 Ogos 2009

Pemimpin UMNO dingin dalam menyelesaikan isu royalti minyak Kelantan.


1. Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Dato' Mustapa Mohamed, ketua pembangkang di Dun Kelantan, Dato' Mohd Alwi Che Ahmad dan KPU Khairi Jamaluddin tidak memberi sebarang jawapan di atas pelawaan menyertai rombongan kerajaan negeri bagi meninjau lokasi pelantar.

2. Tidak pernah ada di hari mereka itu untuk menyelesaikan masalah tuntuan royalti minyak di negeri Siti Che Wan Kembang itu. Wang royalti itu adalah hak rakyat Kelantan dan kerajaan negeri Kelantan pula diamanahkan untuk menguruskan wang royalti tersebut dengan bijak, adil dan amanah. Tetapi semua hak tersebut telah dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan demi politik sempit mereka.

3. UMNO tidak pernah mahu melihat kemajuan rakyat dan negeri Kelantan. Pembangunan infrastruktur yang diadakan adalah semata-mata untuk mendapatkan populariti dan mengisi poket puak puak UMNO. Contohnya bajet dan kos yang dibelanjakan untuk sesuatu projek adalah terlalu mahal dibandingkan yang dilakukan oleh kontraktor kerajaan negeri melalui tender terbuka yang mana kualiti projek yang disiapkan adalah sama malah mungkin lebih.

4. Dengan demikian, mana mungkin UMNO cuba menggelar diri mereka pejuang bangsa mahu pun agama. Tidak layak langsung UMNO untuk menggunakan cogankata 1Malaysia, "Rakyat didahulukan". Cubalah pembaca tenung dan fikir sedalam dalamnya benarkah UMNO itu kumpulan yang memperjuangkan bangsa, negara dan yang akirnya agama.