Khamis, 27 Ogos 2009

Idris Jala dilantik sebagai Menteri Penuh BN


1. Tok nak ucapkan tahniah kepada Idris Jala di atas perlantikan beliau sebagai menteri penuh kerajaan BN, di samping pelantikan sebagai CEO Pemandu.

2. Idris Jala akan dilantik sebagai Menteri Tanpa Portpolio di bawah Jabatan Perdana Menteri.

3. Sebagai CEO Pemandu, organisasi yang akan mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI), Idris akan ditugaskan untuk membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

4. Tok lihat sini, Menteri akan melaporkan kepada Menteri. Sini sudah ada dua menteri yang ditugaskan untuk kerja yang sama. Jadi, Tok rasa salah satu menteri itu pasti dikira sebagai "redundant" dan perlu dipecat salah seorang dari mereka. Atau setidaknya ditukarkan ke jabatan yang lain.

5. Dari segi logiknya, bilamana seorang ketua melantik seorang menteri lain melakukan kerja yang sama, maka menteri yang sedia ada dikirakan gagal melakukan kerja yang diharapkan oleh ketua mereka. Ini bermakna mungkin KPI yang diberitakan kepada umum sebelum ini cuma retorik atau tidak lebih dari kaedah untuk ketua mereka mempopularkan diri kepada rakyat.

6. Bilamana, redundancy terjadi, maka salah seorang perlulah dipecat/tukar kerana ini hanya merugikan duit rakyat jelata.

7. Tok rasa lawak bila menteri terpaksa lapor kepada menteri. Sanggupkan Idris Jala menerima jawatan tersebut?

Tiada ulasan: