Selasa, 4 Ogos 2009

Pemimpin UMNO dingin dalam menyelesaikan isu royalti minyak Kelantan.


1. Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Dato' Mustapa Mohamed, ketua pembangkang di Dun Kelantan, Dato' Mohd Alwi Che Ahmad dan KPU Khairi Jamaluddin tidak memberi sebarang jawapan di atas pelawaan menyertai rombongan kerajaan negeri bagi meninjau lokasi pelantar.

2. Tidak pernah ada di hari mereka itu untuk menyelesaikan masalah tuntuan royalti minyak di negeri Siti Che Wan Kembang itu. Wang royalti itu adalah hak rakyat Kelantan dan kerajaan negeri Kelantan pula diamanahkan untuk menguruskan wang royalti tersebut dengan bijak, adil dan amanah. Tetapi semua hak tersebut telah dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan demi politik sempit mereka.

3. UMNO tidak pernah mahu melihat kemajuan rakyat dan negeri Kelantan. Pembangunan infrastruktur yang diadakan adalah semata-mata untuk mendapatkan populariti dan mengisi poket puak puak UMNO. Contohnya bajet dan kos yang dibelanjakan untuk sesuatu projek adalah terlalu mahal dibandingkan yang dilakukan oleh kontraktor kerajaan negeri melalui tender terbuka yang mana kualiti projek yang disiapkan adalah sama malah mungkin lebih.

4. Dengan demikian, mana mungkin UMNO cuba menggelar diri mereka pejuang bangsa mahu pun agama. Tidak layak langsung UMNO untuk menggunakan cogankata 1Malaysia, "Rakyat didahulukan". Cubalah pembaca tenung dan fikir sedalam dalamnya benarkah UMNO itu kumpulan yang memperjuangkan bangsa, negara dan yang akirnya agama.

Tiada ulasan: