Rabu, 7 Januari 2009

UMNO tidak mengiktiraf kepimpinan Hamas


UMNO sudah umpama regime ganas Israel apabila tidak mengiktiraf kepimpinan Hamas di Gaza, Palestin. Hamas telah memenangi pilihanraya umum di Gaza secara sah, tetapi kenapa kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf kemimpinan Hamas. Lebih teruk bila Timbalan Perdana Menteri Najib Razak hanya menyatakan kesal atau sedih bila regime Yahudi tidak henti-henti menyerang Gaza. Rakyat muslimin sekelian, apalah yang nak diharapkan kepada kerajaan Pak Lah sekarang, kalau pun beliau membawa usul di parlimen, tok rasa beliau cuma hanya menyatakan kekesalan terhadap serangan regime Israel. Bagaimana pun tok masih mengharap kerajaan Malaysia mempunyai kekuatan dan mengambil ketetapan untuk mengutuk serangan kejam Israel ke atas Gaza sekeras-kerasnya.

Selasa, 6 Januari 2009

Mahathir berkata Wan Ahmad Farid adalah pilihan yang buruk


Itu kata-kata Mahathir apabila diminta komen tentang calon BN di PRK Kuala Terengganu oleh pemberita. Rupanya baru beliau tahu pemimpin BN sentiasa sahaja memilih calon yang buruk dalam apa saja keadaan. Beliau dulu, pada tahun 2003 telah memilih calon PM yang sangat-sangat buruk dan kini, beliau telah mengaku kesilapan beliau. Dan kini, Pak Lah pula dilihat telah memilih calon yang teramat buruk bakal mengantikan beliau. Sememangnya BN dan penyokongnya sentiasa memilih calon yang terburuk dalam apa sekali pon. Yang menjadikannya nampak 'elok'adalah media-media suruhan BN. Tok memang tak suka melihat elok di luar saja.. bagaikan kuinin yang kulit luar nampak elok, baunya pon mengancam, tapi bila dimakan penuh dengan ulat...begitulah selalunya calon BN.