Selasa, 6 Januari 2009

Mahathir berkata Wan Ahmad Farid adalah pilihan yang buruk


Itu kata-kata Mahathir apabila diminta komen tentang calon BN di PRK Kuala Terengganu oleh pemberita. Rupanya baru beliau tahu pemimpin BN sentiasa sahaja memilih calon yang buruk dalam apa saja keadaan. Beliau dulu, pada tahun 2003 telah memilih calon PM yang sangat-sangat buruk dan kini, beliau telah mengaku kesilapan beliau. Dan kini, Pak Lah pula dilihat telah memilih calon yang teramat buruk bakal mengantikan beliau. Sememangnya BN dan penyokongnya sentiasa memilih calon yang terburuk dalam apa sekali pon. Yang menjadikannya nampak 'elok'adalah media-media suruhan BN. Tok memang tak suka melihat elok di luar saja.. bagaikan kuinin yang kulit luar nampak elok, baunya pon mengancam, tapi bila dimakan penuh dengan ulat...begitulah selalunya calon BN.

Tiada ulasan: