Jumaat, 31 Julai 2009

Dr Khir Toyo menyalak lagi!!

Dr Khir Toyo risau kan kewujudan pusat hiburan, urut dan SPA didalangi oleh samseng dan dilindungi oleh kumpulan politik tertentu. Tok nak tanya orang politik tersebut? setahu tok, semua lesen pusat hiburan, rumah urut dan SPA tersebut diluluskan oleh kerajaan terdahulu yakni kerajaan negeri BN. Untuk pengetahuan Khir Toyo, tidak ada satu pon lesen baru yang diluluskan oleh kerajaan negeri semenjak memerintah Selangor selama 14 bulan tersebut, seperti yang diperkatakan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Selangor. Tok mintak Khir Toyo, tidak menyalak dan membuka pekung sendiri. Beliau perlu lebih risau tentang kes Banglo Kediaman 24j beliau dan Pemindahan 10j duit Balqis. Jangan sekali cuba menipu rakyat Selangor mahupon rakyat Malaysia.

Apa kata mereka tentang pemilikan Bernas oleh syarikat asing dari Hongkong.

1. Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid - "Ia bukan saja soal saham yang dijual kepada firma asing, tetapi lebih daripada itu kerana membabitkan keselamatan makanan dalam negara, orang Melayu dan rakyat yang semuanya makan nasi. Bernas harus dimiliki negara, seharusnya saham milik Bernas ini dimiliki kerajaan atau Bumiputera"

2. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin - "Saya nak tanya kenapa tiada sesiapa yang kesan pembelian saham ini lebih awal. Walaupun dibeli di pasaran terbuka, maklumat ini boleh didapati melalui Bursa Malaysia, malah sesiapa yang beli lebih daripada lima peratus ekuiti mesti mengisytiharkannya pada Bursa Malaysia"

3. Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik - "Kita perlu ingat beras adalah makanan asasi rakyat Malaysia dan apabila kita membuka pasaran saham terlalu luas kepada orang luar tanpa kita sedari secara diam-diam mereka mendapat pegangan yang besar. Dari segi 31 peratus itu ia sudah boleh dikira sebagai menguasai sesuatu syarikat"

4. Pengerusi Eksekutif Yayasan Kajian dan Strategik Melayu, Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Latif - "Perlu dipastikan sama ada pihak yang menandatangani perjanjian itu termasuk pemegang saham utama Bernas mematuhi syarat perjanjian atau melanggarnya. Kita juga perlu teliti sama ada penjualan saham kepada pihak asing dibenarkan atau sebaliknya dan perlukan urus niaga itu mendapat kebenaran kerajaan.

Kalau benarlah ianya atas kesilapan kerajaan, maka Tok terasa amat sedih, mengapakah perkasa sebigini sensitif pon tak dapat dipertimbangkan dengan lebih bijak supaya kelak suatu hari nanti tidak akan menjejaskan makanan negara. Itu adalah amanah kita kepada rakyat. Mana kerjaan buangkan cogankata "Rakyat didahulukan"? baik tukar saja kepada "business dan untung didahulukan". So, jangan pakai lagi "1Malaysia" tu!!!! Orang Penang kata "touk buang lebih baik".

Kerajaan dan penjawat awam perlu intim..

"Kerajaan dan penjawat awam perlu intim" begitulah kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Semuanya demi 1Malaysia sambungnya lagi. Maka perlu diingatkan sini, "Rakyat didahulukan" tau. Tok teramatlah setuju, penjawat awam perlu patuh kepada kerajaan persekutuan mahupon kerajaan negeri demi melancarkan urusan memerintah sebuah negeri mahupon sesebuah negara. Penjawat awam perlu mematuhi sesebuah kerajaan itu mahupon dari BN ataupon dari Pakatan Rakyat. Amanah yang diberikan perlu dijalankan dengan sungguh-sungguh dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana pihak. Kerajaan persekutuan pula jangan sesekali menzalimi mana-mana rakyat seperti yang dilakukan oleh BN di Perak dan di Kelantan. Mana perginya cogankata "Rakyat didahulukan"? Kenapa rakyat Kelantan dinafikan duit royalti minyak? Kenapa rakyat Perak dinafikan pilihanraya negeri? Kalau beginilah maka 1Malaysia perlu ditukarkan kepada "Perut Pemimpin UMNO didahulukan, Kekayaan pemimpin BN diutamakan". Barulah padan dan sesuai. Tok sedih kenapa pemimpin BN hipokrit dan mementingkan diri sendiri.

Rabu, 29 Julai 2009

Kedatangan Musim Luruh


Semua pencinta keadilan dan pembela hak rakyat dijemput hadir ke Perhimpunan Anti-ISA pada 1 Ogos nanti. Marilah kita perjuangkan hak kita seperti kata PM: Rakyat diduhulukan....

Selasa, 28 Julai 2009

Ruangan Komen MB Mahkamah Perak!

Baru ini tok terbaca tulisan MB Perak, tentang Nik Aziz dan Dato Seri Ir Nizar, maka tok pon hantar sedikit komen melalui ruang komen. Tapi malangnye sehingga kini tulisan tok masih tidak disiarkan oleh MB. Tok baca semua komen-komen yang keluar memihak kepada beliau. Tak kan tak ada satu pon pihak yang tidak setuju dengan Dato Seri MB. Mungkin MB takut mengiarkan tulisan yang membangkang beliau. Tok nak bagi tahu, kalau benarlah macam tu, itu namanye "tak ade telo" kata orang Perak.

SPRM lagi - dari KP Umno Selangor

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali berkata, siasatan SPRM terhadap EXCO Selangor perlu diteruskan bagi membongkar masalah sebenar yang berselindung di sebalik kes Teoh Beng Hong tersebut. Tok nak bagi tahu kat KP UMNO Selangor tu, tidak ada siapa yang mahu siasatan ini dihentikan baik, DAP, PKR mahupon PAS. Yang UMNO sibuk sibuk tu mengapa? Tapi tok nak sarankan Ketua Pemuda UMNO Selangor itu mencadangkan SPRM untuk menyiasat bagaimana peruntukan ADUN Selangor pada tahun 2008 dihabiskan dalam masa tak sampai 2 bulan. Tok percaya Suhaimi Mohd Ghazali adalah seorang yang amanah dan pritahin kepada rakyat Selangor.

Ahli Pas begitu taksub Nik Aziz?

Ahli Pas begitu taksub Nik Aziz - itulah kata kata yang terbaru dari NKP Umno, Dato Razali Ibrahim yang cemburu kerana setiap pandangan dan kenyataan yang keluar dari mulut Menteri Besar Kelantan itu sering diterima pakai PAS walaupun kadangkala bertentangan pucuk pimpinan. Ini menunjukkan terdapatnya 'check and balance' antara peminpin PAS dengan Presiden PAS. Tidak seperti UMNO yang apa saja ucapan Presidennya adalah keputusan pemutus dan tidak boleh dan tidak pernah dalam sejarah UMNO Presiden yang berkuasa ditentang ideanya demi kepentingan parti. Cuba Dato Razali Ibrahim tunjukkan satu contoh dimana peminpin UMNO mengatakan tidak kepada keputusan presiden UMNO.. yang tok tahu semuanya akan kata 'yes' kepada tuannya, walaupun idea itu tidak berapa popular dan tidak disukai oleh ahli UMNO.

Isnin, 27 Julai 2009

SPRM

Tok setuju fungsi SPRM. Tapi tok mintak tolong, amanah yang diberi Tuhan tu digunakan dengan penuh iklas dan professional. Jangan sesekali SPRM rela dipegunakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab baik dari pembangkang mahupon kerajaan. Jangasn SPRM sibuk menyiasat penyalah gunaan wang dari pembangkang, sedangkan dahulu, karajaan BN negeri Selangor dan Perak yang menghabiskan seluruh peruntukan tak sampai 2 bulan tidak di disiasat. SPRM - tolonglah buat kerja dengan amanah.

Jumaat, 24 Julai 2009

Zamry tak tidor malam sebab Ir Nizar pegang lilin di Perak

Sekoyong-koyong, 'MB Perak' Zamry sibuk atau risau tentang aqidah Ir Nizar kerana memegang lilin di sebuah perhimpunan rakyat sempena kematian Teo, sehingga mahu Tok Nik Aziz keluar fatwa. Tok kata elok la tu. Cuma kalau benar Zamry prihatin akan aqidah umat Islam di Perak, jadi selalu-selalu lah tanya pada Tok Guru Nik Aziz tak kira sesiapa yang melakukan perkara bershubahat atau meragui mahupun PM dan TPM. Tok nak tengok komen Zamry kalau tatkala Najib meletakkan jambangan bunga di Tugu Peringat Negara nanti.

Muhyiddin mahu UMNO perkasa!

Di sebuah bahagian UMNO di Kedah, Muhyiddin mahu perwakilan UMNO Bahagian cari jalan untuk memperkasakan UMNO. Pada Tok senang je.. mula2 UMNO kena bersih dari rasuah yang diketahui dari dulu lagi telah merosakkan UMNO.. kalau Muhyiddin lupa biarlah Tok ingatkan.. cuba bayangkan, banyak peminpin UMNO yang didapati bersalah dan didenda oleh Jawatankuasa disiplin UMNO kerana salah laku rasuah, tapi tetap memegang jawatan tinggi dan penting dalam parti. Malah ada yang memegang tampuk pemerintahan sebuah negeri di Malaysia.. Bayangkan lah.. Kaedah dah ada di depan mata, semada Muhyiddin nak perkasakan atau tidak .. itu je.. Tok benci sangat dengan parti yang rasuah.