Jumaat, 31 Julai 2009

Kerajaan dan penjawat awam perlu intim..

"Kerajaan dan penjawat awam perlu intim" begitulah kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Semuanya demi 1Malaysia sambungnya lagi. Maka perlu diingatkan sini, "Rakyat didahulukan" tau. Tok teramatlah setuju, penjawat awam perlu patuh kepada kerajaan persekutuan mahupon kerajaan negeri demi melancarkan urusan memerintah sebuah negeri mahupon sesebuah negara. Penjawat awam perlu mematuhi sesebuah kerajaan itu mahupon dari BN ataupon dari Pakatan Rakyat. Amanah yang diberikan perlu dijalankan dengan sungguh-sungguh dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana pihak. Kerajaan persekutuan pula jangan sesekali menzalimi mana-mana rakyat seperti yang dilakukan oleh BN di Perak dan di Kelantan. Mana perginya cogankata "Rakyat didahulukan"? Kenapa rakyat Kelantan dinafikan duit royalti minyak? Kenapa rakyat Perak dinafikan pilihanraya negeri? Kalau beginilah maka 1Malaysia perlu ditukarkan kepada "Perut Pemimpin UMNO didahulukan, Kekayaan pemimpin BN diutamakan". Barulah padan dan sesuai. Tok sedih kenapa pemimpin BN hipokrit dan mementingkan diri sendiri.

Tiada ulasan: