Selasa, 28 Julai 2009

Ahli Pas begitu taksub Nik Aziz?

Ahli Pas begitu taksub Nik Aziz - itulah kata kata yang terbaru dari NKP Umno, Dato Razali Ibrahim yang cemburu kerana setiap pandangan dan kenyataan yang keluar dari mulut Menteri Besar Kelantan itu sering diterima pakai PAS walaupun kadangkala bertentangan pucuk pimpinan. Ini menunjukkan terdapatnya 'check and balance' antara peminpin PAS dengan Presiden PAS. Tidak seperti UMNO yang apa saja ucapan Presidennya adalah keputusan pemutus dan tidak boleh dan tidak pernah dalam sejarah UMNO Presiden yang berkuasa ditentang ideanya demi kepentingan parti. Cuba Dato Razali Ibrahim tunjukkan satu contoh dimana peminpin UMNO mengatakan tidak kepada keputusan presiden UMNO.. yang tok tahu semuanya akan kata 'yes' kepada tuannya, walaupun idea itu tidak berapa popular dan tidak disukai oleh ahli UMNO.

Tiada ulasan: