Jumaat, 31 Julai 2009

Apa kata mereka tentang pemilikan Bernas oleh syarikat asing dari Hongkong.

1. Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid - "Ia bukan saja soal saham yang dijual kepada firma asing, tetapi lebih daripada itu kerana membabitkan keselamatan makanan dalam negara, orang Melayu dan rakyat yang semuanya makan nasi. Bernas harus dimiliki negara, seharusnya saham milik Bernas ini dimiliki kerajaan atau Bumiputera"

2. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin - "Saya nak tanya kenapa tiada sesiapa yang kesan pembelian saham ini lebih awal. Walaupun dibeli di pasaran terbuka, maklumat ini boleh didapati melalui Bursa Malaysia, malah sesiapa yang beli lebih daripada lima peratus ekuiti mesti mengisytiharkannya pada Bursa Malaysia"

3. Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik - "Kita perlu ingat beras adalah makanan asasi rakyat Malaysia dan apabila kita membuka pasaran saham terlalu luas kepada orang luar tanpa kita sedari secara diam-diam mereka mendapat pegangan yang besar. Dari segi 31 peratus itu ia sudah boleh dikira sebagai menguasai sesuatu syarikat"

4. Pengerusi Eksekutif Yayasan Kajian dan Strategik Melayu, Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Latif - "Perlu dipastikan sama ada pihak yang menandatangani perjanjian itu termasuk pemegang saham utama Bernas mematuhi syarat perjanjian atau melanggarnya. Kita juga perlu teliti sama ada penjualan saham kepada pihak asing dibenarkan atau sebaliknya dan perlukan urus niaga itu mendapat kebenaran kerajaan.

Kalau benarlah ianya atas kesilapan kerajaan, maka Tok terasa amat sedih, mengapakah perkasa sebigini sensitif pon tak dapat dipertimbangkan dengan lebih bijak supaya kelak suatu hari nanti tidak akan menjejaskan makanan negara. Itu adalah amanah kita kepada rakyat. Mana kerjaan buangkan cogankata "Rakyat didahulukan"? baik tukar saja kepada "business dan untung didahulukan". So, jangan pakai lagi "1Malaysia" tu!!!! Orang Penang kata "touk buang lebih baik".

Tiada ulasan: