Khamis, 20 November 2008

NAJIB TIDAK PERNAH BERJUMPA DENGAN ALTANTUYA – KATA RAZAK BAGINDA

Benarkah Najib tidak pernah berjumpa dengan Altantuya seperti kenyataan Razak Baginda (RB) hari ini? Bagaimana RB tahu Najib tidak pernah berjumpa dengan Altantuya kecuali RB sentiasa berada bersama Najib sepanjang masa. Adakah mungkin begitu, sedangkan beliau menyaku beliau bukannya pembantu peribadi Najib. Bila ditanya oleh pemberita, jawapan RB, “saya tahu, saya tahulah”… kalau macam itulah jawapannya, semua orang boleh kata, Najib terlibat, bila ditanya bagaimana Najib terlibat, kita boleh beri jawapan “saya tahu, saya tahulah”. Ini dah macam cerita pak kadok! Adakah nama baik bakal PM Malaysia akan pulih dengan kenyataan RB ini tanpa Najib dipanggil ke Mahkamah?

Satu lagi, Tok begitu sangsi dimana kenyataan ini hanya dibuat semasa Najib berada di luar negeri. Kenapa press conference yang lalu dibatalkan? Adakah mungkin atas nasihat penasihat peribadi Najib. Tok berserah kepada Allah supaya ditunjukkan siapa yang benar….Amin…

Jumaat, 14 November 2008

Nazri berbohong di Parlimen?

Tok faham, kenapa Nazri bertindak mengatakan hakim itu tidak dipecat apabila ditanya kenapa hakim-hakim itu masih diberi pencen walaupun dipecat, dimana lazimnya seseorang itu tidak layak mendapat pencen apabila dipecat. Jawapannya, ini adalah satu soalan bonus dari pihak pembangkang yang tidak disangka oleh Nazri dan beliau tidak ada jawapannya pada masa itu. Tetapi kerana bongkak dan maruahnya sebagai Menteri penuh, maka jawapan itu adalah jawapan yang dikira sesuai dan logik, mana mungkin bila dipecat, seseorang layak mendapat pencen. Jadi, beliau mereka jawapan hakim-hakim itu “diminta untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal.Tetapi apabila, bising mulut orang tua Mahathir, dan Zaid sendiri, maka terkejut beruk la Nazri. Kalau setakat bising golongan pembangkang beliau boleh tahan lagi. Maka Jalan mudah beliau adalah untuk meminta maaf walaupun tok percaya adalah amat berat hati dan kecewanya si Nazri tadi. Tok biasa minta maaf dengan merendah diri. Tak ada salahnya meminta maaf tetapi terpulangla kepada orang yang kita minta maaf itu untuk memaafkannya. Di sini, rakyat yang berhak memaafkan beliau. Tok memang benci akan penipuan fakta dan informasi semasa persidangan di Parlimen.

Benarkah TGHA mengikut telunjuk DAP dalam isu Kouta 50% rumah di Kedah?

Tok memang dah jangka kes kuota 50% perumahan untuk penduduk bumiputra yang melebih 70% di Kedah akan timbul. Mulanya si Najib, cuba menjadi hero golongan pemaju Cina, tetapi dapat ditepiskan dengan jayanya oleh YAB Menteri Besar Kedah. Sekarang, apabila timbul lagi isu ini, tiba tiba Lee Guan Aik, wakil tunggal DAP mula membangkitkan isu ini, tak semena-mena wujud campur tangan luar kerajaan Kedah, di mana disokong oleh seorang wakil DAP Selangor, Teng Chang Khim, apa hak dia nak campur tangan urusan kerajaan negeri Kedah??

TGHA pula dilihat tunduk kepada tekanan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Jangan nanti bila TGHA berjumpa dengan Ustaz Azizan, kouta ini akan dihapuskan serta merta. Tok tahu memang MB hormati akan TGHA. Tok cadang kouta ini perlu la dipertahankan seadanya, tetapi pada masa yang sama, kita cari jalan penyelesaian berkenaan pasaran rumah itu. Seperti cadangan MP Kedah, anak syarikat kedah boleh membeli rumah-rumah yang tidak laku dijual untuk kegunaan kerajaan negeri, disewa, dijual semula dan sebagainya. Mungkin sebagai team dalam Pakatan Rakyat, perlu bertolak ansur, Tok setuju diturun kadar itu ke 40%. Tapi terpulanglah kepada MB Kedah untuk mempertahankan. Tok doakan,, Ustaz Azizan di kuatkan hati dan semangat untuk menangani isu yang agak sensitif ini. Satu lagi cara ialah turun kepada 40% dan tidak meluluskan atau menhadkan projek perumahan mewah di Kedah.

Tok agak sedih lihat kebelangan ini, banyak hak dan rancangan untuk menaikkan taraf kehidupan orang Melayu di persoalkan sesama kumpulan dalam PR, nak harapkan Anwar sama je. Pihak parti politik pihak BN juga dilihat sering mempersoalankan hak dan kelebihan orang Melayu. Apakah mereka tak cukup kaya?? Apakah mereka tak cukup senang jika dibanding dengan orang-orang Melayu yang makan nasi lauk ikan masing. Tok pon kadang-kala makan nasi lauk telur goreng sahaja.

kaum Cina mula mempersoalkan 30% kouta bumiputra

Tok nak komen sikit tentang artikel songsang lagi mengelirukan dari Malaysian Insiders bertarikh 13 Nov, 2008. Adakah patut, dalam artikel itu menyatakan di bawah langkah-langkah yang telah berdekad lamanya untuk menolong menambahkan kekayaan Melayu, pemaju dikehendaki menjual rumah yang dibina kepada Melayu dengan kadar diskaun. Persoalannya adakah kaya golongan Melayu yang membeli rumah itu dengan kadar diskaun 5-7% itu. Tok hampir boleh jamin memang 100% rumah-rumah mewah dan semi-mewah itu akan dibeli orang golongan Tionghua. Tidak akan ada golongan Melayu yang mampu beli rumah-rumah tersebut. Maka di bandara kita akan lihat 99% penduduk adalah golongan Tionghua, dan dengan itu tinggal la Melayu dipinggir kota atau di kawasan setinggan sebelum tanah itu diambil oleh taukeh-taukeh perumahan cina. Tok tak bermaksud racist di sini, tapi itu la hakikatnya, sekarang ini, golongan pemimpin UMNO sudah mula menurut kehendak pemimpin politik dan peniaga Cina demi kesinambungan politik mereka. Itu la yang tok takutkan. Tok harap kerajaan akan terus tegas tentang isu ini, buat seperti kerajaan negeri Kedah yang mengenakan 50% kouta untuk Bumiputra, yang mana sebenarnya untuk menggalakkan pemaju untuk membina rumah mampu beli oleh semua golongan rakyat di Kedah.

Jumaat, 7 November 2008

Najib Bercakap kosong di Parlimen

Tok lihat Najib begitu bangga apabila bercerita di Parlimen mengenai budget RM7 billion yang bertujuan untuk mengekang negara dari kegawatan ekonomi. Bila saja pihak pembangkang keluar dewan kerana tidak diberi peluang mencelah untuk membahaskan perkara yang dibentangkan beliau, tidak kurang 4 kali beliau menyatakan "bagus,,bagus, bagus, bagus", dengan bangga dan hepinya. Tetapi semasa di sidang pemberita, beliau menyeru rakyat melihat betapa tidak bertanggungjawabnya pihak pembangkang.Tetapi hakikatnya pementangan "budget" beliau adalah cuma informasi sahaja dan tidak lebih dari itu. Orang kata "budget main-main".... tergelak tok betapa bodoh sombongnya bakal PM kita ini.. moga beliau sedar dari mimpi manis beliau.. sedarlah Najib, lakukan semua tanggungjawab itu demi rakyat.. barulah diberkati Allah swt. Ikut resmi Datuk TGNA..