Khamis, 20 November 2008

NAJIB TIDAK PERNAH BERJUMPA DENGAN ALTANTUYA – KATA RAZAK BAGINDA

Benarkah Najib tidak pernah berjumpa dengan Altantuya seperti kenyataan Razak Baginda (RB) hari ini? Bagaimana RB tahu Najib tidak pernah berjumpa dengan Altantuya kecuali RB sentiasa berada bersama Najib sepanjang masa. Adakah mungkin begitu, sedangkan beliau menyaku beliau bukannya pembantu peribadi Najib. Bila ditanya oleh pemberita, jawapan RB, “saya tahu, saya tahulah”… kalau macam itulah jawapannya, semua orang boleh kata, Najib terlibat, bila ditanya bagaimana Najib terlibat, kita boleh beri jawapan “saya tahu, saya tahulah”. Ini dah macam cerita pak kadok! Adakah nama baik bakal PM Malaysia akan pulih dengan kenyataan RB ini tanpa Najib dipanggil ke Mahkamah?

Satu lagi, Tok begitu sangsi dimana kenyataan ini hanya dibuat semasa Najib berada di luar negeri. Kenapa press conference yang lalu dibatalkan? Adakah mungkin atas nasihat penasihat peribadi Najib. Tok berserah kepada Allah supaya ditunjukkan siapa yang benar….Amin…

Tiada ulasan: