Jumaat, 14 November 2008

kaum Cina mula mempersoalkan 30% kouta bumiputra

Tok nak komen sikit tentang artikel songsang lagi mengelirukan dari Malaysian Insiders bertarikh 13 Nov, 2008. Adakah patut, dalam artikel itu menyatakan di bawah langkah-langkah yang telah berdekad lamanya untuk menolong menambahkan kekayaan Melayu, pemaju dikehendaki menjual rumah yang dibina kepada Melayu dengan kadar diskaun. Persoalannya adakah kaya golongan Melayu yang membeli rumah itu dengan kadar diskaun 5-7% itu. Tok hampir boleh jamin memang 100% rumah-rumah mewah dan semi-mewah itu akan dibeli orang golongan Tionghua. Tidak akan ada golongan Melayu yang mampu beli rumah-rumah tersebut. Maka di bandara kita akan lihat 99% penduduk adalah golongan Tionghua, dan dengan itu tinggal la Melayu dipinggir kota atau di kawasan setinggan sebelum tanah itu diambil oleh taukeh-taukeh perumahan cina. Tok tak bermaksud racist di sini, tapi itu la hakikatnya, sekarang ini, golongan pemimpin UMNO sudah mula menurut kehendak pemimpin politik dan peniaga Cina demi kesinambungan politik mereka. Itu la yang tok takutkan. Tok harap kerajaan akan terus tegas tentang isu ini, buat seperti kerajaan negeri Kedah yang mengenakan 50% kouta untuk Bumiputra, yang mana sebenarnya untuk menggalakkan pemaju untuk membina rumah mampu beli oleh semua golongan rakyat di Kedah.

Tiada ulasan: