Jumaat, 14 November 2008

Nazri berbohong di Parlimen?

Tok faham, kenapa Nazri bertindak mengatakan hakim itu tidak dipecat apabila ditanya kenapa hakim-hakim itu masih diberi pencen walaupun dipecat, dimana lazimnya seseorang itu tidak layak mendapat pencen apabila dipecat. Jawapannya, ini adalah satu soalan bonus dari pihak pembangkang yang tidak disangka oleh Nazri dan beliau tidak ada jawapannya pada masa itu. Tetapi kerana bongkak dan maruahnya sebagai Menteri penuh, maka jawapan itu adalah jawapan yang dikira sesuai dan logik, mana mungkin bila dipecat, seseorang layak mendapat pencen. Jadi, beliau mereka jawapan hakim-hakim itu “diminta untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal.Tetapi apabila, bising mulut orang tua Mahathir, dan Zaid sendiri, maka terkejut beruk la Nazri. Kalau setakat bising golongan pembangkang beliau boleh tahan lagi. Maka Jalan mudah beliau adalah untuk meminta maaf walaupun tok percaya adalah amat berat hati dan kecewanya si Nazri tadi. Tok biasa minta maaf dengan merendah diri. Tak ada salahnya meminta maaf tetapi terpulangla kepada orang yang kita minta maaf itu untuk memaafkannya. Di sini, rakyat yang berhak memaafkan beliau. Tok memang benci akan penipuan fakta dan informasi semasa persidangan di Parlimen.

Tiada ulasan: