Jumaat, 14 November 2008

Benarkah TGHA mengikut telunjuk DAP dalam isu Kouta 50% rumah di Kedah?

Tok memang dah jangka kes kuota 50% perumahan untuk penduduk bumiputra yang melebih 70% di Kedah akan timbul. Mulanya si Najib, cuba menjadi hero golongan pemaju Cina, tetapi dapat ditepiskan dengan jayanya oleh YAB Menteri Besar Kedah. Sekarang, apabila timbul lagi isu ini, tiba tiba Lee Guan Aik, wakil tunggal DAP mula membangkitkan isu ini, tak semena-mena wujud campur tangan luar kerajaan Kedah, di mana disokong oleh seorang wakil DAP Selangor, Teng Chang Khim, apa hak dia nak campur tangan urusan kerajaan negeri Kedah??

TGHA pula dilihat tunduk kepada tekanan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Jangan nanti bila TGHA berjumpa dengan Ustaz Azizan, kouta ini akan dihapuskan serta merta. Tok tahu memang MB hormati akan TGHA. Tok cadang kouta ini perlu la dipertahankan seadanya, tetapi pada masa yang sama, kita cari jalan penyelesaian berkenaan pasaran rumah itu. Seperti cadangan MP Kedah, anak syarikat kedah boleh membeli rumah-rumah yang tidak laku dijual untuk kegunaan kerajaan negeri, disewa, dijual semula dan sebagainya. Mungkin sebagai team dalam Pakatan Rakyat, perlu bertolak ansur, Tok setuju diturun kadar itu ke 40%. Tapi terpulanglah kepada MB Kedah untuk mempertahankan. Tok doakan,, Ustaz Azizan di kuatkan hati dan semangat untuk menangani isu yang agak sensitif ini. Satu lagi cara ialah turun kepada 40% dan tidak meluluskan atau menhadkan projek perumahan mewah di Kedah.

Tok agak sedih lihat kebelangan ini, banyak hak dan rancangan untuk menaikkan taraf kehidupan orang Melayu di persoalkan sesama kumpulan dalam PR, nak harapkan Anwar sama je. Pihak parti politik pihak BN juga dilihat sering mempersoalankan hak dan kelebihan orang Melayu. Apakah mereka tak cukup kaya?? Apakah mereka tak cukup senang jika dibanding dengan orang-orang Melayu yang makan nasi lauk ikan masing. Tok pon kadang-kala makan nasi lauk telur goreng sahaja.

Tiada ulasan: