Selasa, 17 Jun 2008

Barangan lauk dah mula naik.

Hujung minggu lepas Tok dan isteri keluar pagi hari membeli barangan dapur di sebuah pasaraya besar di pekan. Waktu pulang, Tok dan isteri singgah membeli lauk untuk anak-anak dirumah di sebuah gerai makanan yang biasa Tok dan isteri beli. Tapi kini harga lauknya semua dah naik, ayam goreng kini RM3 seketul. Tuan gerai memberitahu Tok beliau membeli ayam di pasar dengan harga RM8 sekilo dan ikan keli RM6.50 sekilo. Itu lah kesannya daripada kenaik harga petrol dan diesel. "Pak Lah, Pak Lah" bila nak nak belajar erti kesusahan rakyat. Kebanyakan kami kurang mampu dan kini amat tersiksa.

Isnin, 16 Jun 2008

AVANZA Tok rasa lebih berkuasa, batuan dengan "greenoil"

Pagi tadi Tok bertemu dengan teman tok di Klang, dia menyuruh Tok mencuba mengunakan satu produk minyak yang dapat menjimatkan pengunaan minyak petrol and memberi lebih kuasa dan penjagaan enjin avanza tok.. setakat ini Tok amat berpuas hati.. Tunggu 4-5 hari lagi Tok cuba.. kalau ok Tok nak cadangkan kawan-kawan semua menggunakan produk tersebut.. Time gawat begitulah adanya..

Sabtu, 14 Jun 2008

Pelik tapi beno..

Pelik tapi benar.. itulah apa yang tok dengar dengan telinga dan mata tok sendiri di TV3 semalam, di mana dengan selambaje Pak Lah mencabar lima kerajaan negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga minyak seperti yang PR janji semasa kempen pilihanraya bulan March awal tahun ini.. Maka nak tergelak pun ada, nak muntah pun ada bila Pak Lah kata begitu.. nak kata dia ni bodoh, dia ada ijazah, jadi Perdana Menteri lagi tu.. tak kan lah tungu macamtu sekali.. habis tu apa tok nak jelaskan tahap apa pemikiran si PM tu?.. kesimpulannya dua je.. pertaman dia tu bodoh dan tuli, memang tak layak jadi PM lama-lama, nanti jatuh bengkrap negara dibuatnya.. kedua, dia tak bodoh, tapi nak memperbodohkan rakyat jelata terutamanya jenerasi tua di kampung-kampung.. nak bodohkan rakyat bandar memang tak boleh.. jadi PM terpaksa kata begitu untuk membodohkan rakyat warga tua di kampung. Jadi kepada anak-anak muda Malaysia, bila pulang kampung nanti tolonglah terangkan kepada ibubapa perkara yang sebenarnya, jangan lagi ibubapa kita di kampung diperbodohkan oleh PM dan kuncu-kuncu beliau.

Jumaat, 13 Jun 2008

Daifnya Taman Permainan kanak-kanak di Taman Rakyat Klang

Baru-baru ni teman ke taman rakyat Klang bersama isteri dan anak-anak.. sedih teman tengok keadaan permainan kanak-kanak di situ.. dah lah uzur lagi membahayakan.. cuba la MPK tengok-tengok dan ambil tindakan segera demi keselamatan anak-anak rakyat Klang. Pihak PR perlu juga monitor perkara ini demi kesinambungan pemerintahan kerajaan negeri dan kelainan dari pemerintahan yang lepas.

Minyak naik lagi kome!

Itulah kisahnye si raja UMNO.. tak boleh ditegur dan tak boleh dicabar.. tambah-tambah kalau rakyat jelata yang mencabar.. maka mulalah dia menekan rakyat.. rakyat dipaksa menurut kemahuan beliau.. terutama rakyat UMNO.. baru-baru ni harga minyak dinaikkan sewenang-wenang sehinggakan sesetengah ahli MT UMNO pun tak sangka begitu tinggi peratusan kenaikan harga minyak tu.. Sang Raja pula dengan tebal muka sanggup menyuruh rakyatnya berjimat cermat dan tukar corak hidup.. tapi sang raja pula yang sentiasa didapati menggunakan jet baru peribadi dan BMW7 Series kalis peluru.. itu la kome.. pemimpin contoh puak UMNO.. dah jadi macam si Luncai terjun dengan labu-labunye..