Khamis, 18 September 2008

Adakah benar Anwar merupakan ancaman kepada negara dan ekonomi Malaysia?

Semalam, 17 Sept 08, Pak Lah PM flip flop kita menyatakan bahawa Anwar adalah merupakan ancaman kepada negara dan ekonomi Malaysia. Beliau juga menambah sekiranya beliau akan mengambil tindakan ianya akan mengambil kira kepentingan rakyat dan negara. Persoalannya, apakah benar Anwar menjadi ancaman kepada negara dan ekonomi Malaysia., atau cuma menjadi ancaman kepada UMNO pada amnya dan pemerintahan Pak Lah tiga beranak khususnya. Tok juga pasti tindakan beliau kepada Anwar nanti tidak akan berpaksikan kepentingan rakyat dan negara tetapi cuma mengambil kepentingan pemerintahan beliau tiga beranak. Setakat ini, banyak mana kita lihat Pak Lah bertindak demi kepentingan rakyat dan negara, malah terlalu banyak dilihat menjuruskan kesengsaraan rakyat jelata. Contohnya, kenaikan harga bahan bakar negara, kenaikan RM0.70 adalah terlalu sukar diterima oleh rakyat, siapa yang mendapat faedah dari kenaikan ini.. Adakah rakyat? Bila tiba saat ketikanya harga minyak tempatan diturunkan (seperti janji beliau), seperti yang dijangka janji beliau terus dimungkiri.. Tolonglah Pak Lah, ingat dan kasihan la rakyat Malaysia ini.. Kini janji masih tinggal janji.. Kami, rakyat jelata menuntut menurunan seterusnya harga minyak tempatan.

Rabu, 17 September 2008

"Tunggulah lain kali."

"Tunggulah lain kali." Itulah kata-kata Pak Lah, Perdana Menteri flip flop kita bila ditanya oleh pemberita adakah harga minyak akan diturunkan memandangkan harga minyak mentah dunia telah menurun kepada USD92 setong. Sedangkan janji kerajaan yang baru-baru ini, menyatakan akan menurunkan sekiranya harga minyak sekiranya minyak dunia menurun sehingga paras USD99 setong. Sekarang isu yang lebih dirisau oleh perdana menteri ialah kekurangan keuntungan oleh Petronas. Itulah dia bagaimana janji seorang PM yang senang saja dimain dan dimungkiri beliau. Cakap tarak serupa bikin. Tok kata "padan le muke kome"

Khamis, 11 September 2008

Antara "Kontrak Sosial" dan Kepentingan Politik Umno

Semenjak dua menjak ini, heboh di tanah air tercinta ini mengenai isu sensitif kaum. Tok perhatikan terlalu ramai peribadi yang membuat and mengulas mengenai isu sensitif ini, dari rakyat jelata, golongan politik, veteran politik, polis dan tentera serta raja juga mula memberi komen dan pandangan. Semua ini menunjuk kan sensitiviti perkauman di negara ini telah meningkat, bermakna gagalnya pemimpin nombor satu Malaysia menangani isu ini dengan berkesan. Sebelahnya, pada Tok, semua ini dapat tidak akan terjadi sekiranya, kita merujuk kepada sejarah tertubuh dan kemerdekaan Tanah Melayu oleh British. Tapi kerajaan yang dipimpin UMNO telah memutar belitkan fakta sejarah yang sebenar demi kepentingan politik mereka yang sempit. Lebih elok kalau kita titik beratkan undang-undang dalam pembelajaran sejarah demi negara yang tercinta. Dengan demikian, selepas menangani isu ini, kerajaan dengan segera perlu mengubah cara sejarah disampaikan melalui buku-buku teks supaya bukan-melayu faham akan fakta sejarah yang sebenar dan boleh menerima keadaan itu.

Rabu, 10 September 2008

Harga minyak dunia menurun - janji PM dituntut

Sehingga hari ini (10 Sept), harga minyak dunia telah menurun mencecah $102.51 melepas tahap $109 yang ditetapkan oleh PM untuk penurunan harga kali kedua. Oleh, tok dengan tegasnya menuntut PM segera menurunkan harga petrol dan disel negara dengan kadar segera tanpa banyak dolak dalik. Pemimpin mesti memegang pada janji dan kata-katanya.