Rabu, 26 Ogos 2009

BN patut gembira jika PRK Kota Siputeh, Kedah diadakan!


WALAUPUN berharap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah tidak kosong ekoran wakil Barisan Nasional (BN) tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut, BN akan tetap akur sebarang keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika memutuskan perlu pilihan raya kecil di kawasan itu.

Perenggan di atas adalah harapan BN terhadap isu kerusi DUN Kota Siputeh. Kenapa BN kata begitu? Kenapa BN takut untuk mengadakan PRK baru di situ? Sepatutnya BN lebih bersemangat untuk mengadakan PRK di situ untuk menebus kekalahan di PRK Permatang Pasir semalam (25 Ogos, 2009).BN patut faham, negara Malaysia ini ada peruntukan undang-undangnya sendiri begitu juga peruntukan kerajaan negeri-negeri baik yang diperintah oleh BN mahupun PR. BN patut menghormati undang-undang yang digunapakai oleh sesuatu kerajaan negeri. Adalah jelas BN tidak menghormati undang-undang negeri Kedah bila TPM Tan Muhyidin Yasin cuba memberi alasan walaupun tahu itu hanya akan melanggar peruntukan undang-undang tubuh negeri Kedah.Adalah amat jelas, nyata dan difahami oleh rakyat Kedah mahupun Malaysia yang mana ADUN dari BN tersebut sudah melanggar peraturan DUN Kedah. Mahu tak mahu undang-undang patut dipertahankan oleh kerajaan dan rakyat. Kita boleh buang undang-undang yang dibuat oleh BN itu sendiri jauh-jauh ke dalam hutan sekiranya BN sendiri tidak menghormati dan mematuhi dengan hati terbuka akan undang-undang ciptaan mereka sendiri. Kalau Tok jadi TPM, malu Tok nak mempertahankan benang yang basah. Semua rakyat akan gelak dan menyampah melihat tingkah laku TPM itu sendiri. Jangan sangka rakyat Malaysia terutamanya rakyat Kedah itu bodoh tak dapat menilai dan memahami undang tubuh negeri Kedah itu yang menyebabkan ADUN Kota Siputeh itu hilang kerusi DUN itu. Tok ingatkan BN jangan lakukan sesuatu yang bodoh dengan menentang undang-undang ciptaan mereka di Kedah. Cubalah memahami hati dan kemahuan rakyat Malaysia, manalah tahu menang pula kali ini BN di Kedah.

Tok teringat kata-kata PM semalam, yang beliau tahu faktor yang menyebabkan kekalahan di PRK Permatang. Jadi apa lagi, segeralah perbetulkanlah faktor itu di Kota Siputeh untuk menjamin kemenangan BN yang pertama kali di Semenanjung selepas PRU12 yang lalu. BN tak teringin ke nak menang si Semenanjung?

Tiada ulasan: