Isnin, 23 Februari 2009

Jawaban kepada Artikel saudara Muhd Rizal di dalam KLPos bertarikh 7 Februari 2009.

Kalau benar seperti kata saudara Muhd Rizal kerajaan terdahulu lebih konsisten dalam memperjuangan kebajikan rakyat, kenapa pada PRU12 lalu rakyat beralih kepada PR. Jangan fikir rakyat Malaysia bodoh dan tidak dapat menilai yang mana intan yang mana kaca. Rakyat Malaysia tidak dapat lagi diperbodohkan oleh UMNO-BN melalui dakyah di media massa, surat khabar dan internet.Lagi terpelajar rakyat Malaysia maka lagilah mereka menjauh dan membenci UMNO-BN. Kemenangan PR di bandar-bandar besar dan BN di kampung-kampung hulu membuktikan pendapat ini. Untuk pengetahuan saudara Muhd Rizal, YM Sultan Perak hanya boleh memperkenankan perkara yang dicadangkan oleh pemimpin dan YB MB Dato Seri Ir Nizar tidak pernah mencadangkan pengosongan kerusi MB.. macammana YM Sultan Perak tidak memperkenankan perkara yang tak wujud. Tindakan Karpal Singh untuk membawa YM Paduka Sultan Perak adalah bersifat peribadi bukannya dari cadangan PR. Karpal melakukan perkara tersebut atas landasan undang-undang yang dibenarkan menurut perlembagaan dan jalan itu pula dibuka oleh UMNO pada tahun 1993 dengan mengubah perlembagaan Malaysia. UMNO lah yang menanggalkan baju besi atau baju kebal raja-raja Melayu sehingga YM Yang Dipertuan Negeri Sembilan telah berjaya disaman sebanyak USD1 juta oleh Standard Charterd Bank. Kenapa UMNO tidak mahu mengaku perkara ini?.UMNO lah yang sebenarnya penderhaka Raja-Raja Melayu. Sekarang UMNO cuba berselindung dan mengheret raja-raja Melayu dalam kancah politik sempit mereka. Kenapa tidak diserahkan kepada rakyat untuk menyelesaikan masalah politik yang melanda di Perak?? Terimalah cabaran ini dan jangan sesekali mengheret raja-raja ke kancah poltik. Jawapaya satu, UMNO tak ada telo dan penakut yang hanya pandai bermain kata. Kita perlu meletakkan raja-raja Melayu mengatasi politik Negara supaya kedaulatan raja-raja Melayu dapat dijaga sepanjang zaman.

Tiada ulasan: