Rabu, 16 September 2009

Luahan Rasa Ahli Akademik BN yang kecewa di ruang komentar blog Chedet.

1. Apabila pemimpin dipilih menerusi makan suap, maka dia pun akan memerintah kementerian dengan penuh makan suap supaya mendapat balik pulangan yang dilaburkan.

2. Bila Makan suap, ia tak kenal siapa rakyat samada yang cerdik pandai, profesor, naib canselor atau rakyat marhain.

3. Kementerian Pengajian Tinggi dah tiga kali bertukar menteri dalam lima tahun. Paling pelik bilamana kementerian yang mempunyai terlalu ramai cerdik pandai bertaraf PhD dan profesor tapi sentiasa bertukar menteri kalau ada rombakan kabinet.

4. Ini kerana taraf autonomi IPT membuatkan pemimpin agak sukar nak makan suap. Maka ia hanya makan suap di Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja. Jadilah dia menteri politeknik. Tapi di IPT , makan suap tetap berlaku menerusi pembolotan projek secara halus.

5. Pengurusan IPT perlu akur kepada menteri dan KSU untuk membolehkan mereka kekal di jawatan tinggi mereka di IPT. Perlu lah disuapkan kepada pemberi wahyu ini kalau nak bertahan lama. Kalau tidak mereka akan turunlah sebagai profesor kontrak saja.

6. Suara rakyat IPT yang cerdik sudah dikunci tutup. Susahlah nak bersuara kerana nak menjaga periuk nasi, sambung kontrak dan kekal jawatan NC dan TNC. NC dan TNC pula mengunci suara yang dibawahnya.

7. Marahkan kepada pemimpin IPT dan kementeriannya. Tetapi masih sayangkan BN. Nak undi pembangkang, pemimpinnya tidak ada moral langsung. Maka dibuat pilihan ketiga iaitu TIDAK KELUAR MENGUNDI. Biarlah orang lain yang menentukan kerajaan pilihan. Biarlah kami dengan dunia akademik kami.

8. Lagipun memang dasar BN untuk mempastikan orang yang berpendidikan tidak masuk BN. Bimbang mereka tak boleh lagi makan suap.

9. Maka parti pembangkang pun membuka laluan kepada golongan profesional. Tak hairanlah wakil rakyat dari golongan profesional terutama bukan melayu lebih ramai di pihak pembangkang. Wakil bukan melayu pula yang bukan profesional. Jadi siapalah sebenarnya akan memerintah selepas GE13 nanti. Atau siapa pula jadi boneka macam di Selangor?

By drnurdin on September 15, 2009 3:49 PM

1 ulasan:

Syamsul berkata...

begitu la kecewa nya penyokong UMNO dan BN.