Khamis, 5 November 2009

PERUT SENDIRI DIDAHULUKAN, KAUM KERABAT DIUTAMAKAN

Sempena jawaban Najib di parlimen berkenaan isu tuntutan royalti minyak kerajaan negeri Kelantan yang mewakili rakyatnya, tok dapat melihat bertapa kecewanya rakyat Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Sememangnya telah tok menjangka awal-awal lagi begini lah akan jadinya. Kerana apa? Kerana sifat "Perut sendiri didahulukankan, kaum kerabat diutamakan" telah menjadi satu sifat sebati pemimpin dan puak puak UMNO selama ini. Slogan "Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan" hanyalah satu retorik yang ingin menutupi slogan yang senang mereka amalkan. Buktinya, Najib sanggup mengecewakan rakyat Kelantan dengan menukarkan wang royalti minyak kepada wang ehsan yand dapat memberi habuan kepada kontraktor-kontraktor yang mendukungi UMNO selama ini.

Najib tidak pernah ingin membantu rakyatnya dengan ikhlas, tidak pernah mengangap kerusi Perdana Menteri yang diduduki beliau adalah satu amanah Allah kepada beliau untuk dijalankan dengan penuh amanah, iklas dan adil kepada semua rakyat Malaysia dan mengikuti undang-undang negara.

Najib dilihat beranggapan Malaysia ini beliau yang punya. Banyak undang-undang yang dilanggari oleh beliau tanpa ada rasa takut kepada Allah. Adalah malang sekali rakyat Malaysia mempunyai Perdana Menteri seperti Najib.

Tok sekali lagi meminta Najib mempertimbangkan hak rakyat Kelantan itu dan segera memulangkan wang royalti minyak itu kepada kerajaan Kelantan untuk digunapakai untuk memajukan negeri dan rakyat Kelantan. Pulangkan hak kepada yang empunya.

Tiada ulasan: