
Sememangnya seluruh ahli berdaftar Pas tahu bahawa tuntutan Hudud itu tetap menjadi matlamat perjuangan selagi ianya tidak ditanggalkan dari perlembagaan Pas yang termaktub di bawah Fasal 5: (i). Keperluan Hudud ini tidak akan pernah hilang dari hati sanubari ahli Pas serta tidak akan pernah dapat dikorbankan oleh sebarang permainan politik kawan mahupun UMNO dan BN.
KJ jangan sekali kali merasa berpuas hati atau bangga dapat menimbulkan pertelingkahan di antara komponen Pakatan Rakyat. Prinsip perjuangan ahli-ahli PAS tetap sama dari dulu, kini dan selamanya selagi nyawa dikandung badan. Pendokong Pas sentiasa menimbangkan dosa dan pahala yang menjadi panduan di dalam berpolitik. Pas yakin bahawa selepas kematian segala perjuangannya akan dihitung dan dihisab oleh Allah. Pas sekali-kali tidak akan melupakan prinsip perjuangan ini demi menjaga hati komponen PR mahupun BN. Pas sekali-kali tidak akan mengatakan ‘ya’ atau ‘tidak’ kepada “hudud” demi hanya untuk kemenangan di PRK Kuala Terengganu nanti. Ia adalah tuntutan Allah dan bukannya ‘isu’ seperti yang dianggap oleh KJ dan puak-puak UMNO dan BN. Biarkan tuntutan hudud ini kami selesaikan sesama komponen PR. Malah kini di Malaysia, terdapat juga golongan bukan islam yang bersedia menyokong tuntutan Hudud. Kenapa tidak UMNO yang mengaku berjuang kerana agama. Ketahuilah dengan izin dan pertolongan Allah, tuntutan itu pasti dapat dilaksanakan suatu hari nanti. Hudud itu datangnya dari Allah bukan dari Pas.
Adalah juga satu kesilapan dan fitnah bila KJ menyatakan Pas membuang prinsip begitu saja bila Husam memperbetulkan kenyataannya dari segi teknikal atau pelaksanaan. Husam bukannya membetulkan kenyataannya dari segi prinsip dan asas perjuangan Pas terhadap Hudud. Sebagai seorang muslim, kita mesti sentiasa ingin menentang yang mungkar dan melaksanakan yang dituntut oleh Allah s.w.t termasuk tuntutan Hudud dan Qisas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan