Isnin, 19 April 2010

Zaid dan Arak..

1. Tok begitu kecewa sekali bila perkara ini telah dibangkitkan oleh UMNO yang telah berjanji untuk tidak menyerang peribadi calon yang bertanding pada pilihanraya kecil P094 Hulu Selangor.

2. Rupanya Tok lupa UMNO tidak akan pernah sekali berubah dari sikap hipokrit mereka. Golongan ini adalah golongan yang akan mengambil kesempatan dari kekurangan peribadi seseorang dan akan mempergunakannya habis-habisan demi kepentingan politik mereka yang sempit.

3. UMNO tidak sepatutnya mengungkit isu arak ini kerana sudah diketahui umum Zaid sudah pun berubah sejak beliau menyertai Pakatan. Beliau sudah bertaubat dan meminta keaampunan dari Allah SWT dan mengerjakan haji di Mekah.

4. Kesalahan meminum arak ini adalah kesalahan antara hamba dengan Allah dan tidak melibatkan individu lain. Sekiranya seseorang itu sudah berubah, bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu, maka seseorang itu tidak ada hak dan menjadi kesalahan untuk mengungkitkan perkara itu lagi.

5. Adalah ditakuti seseorang itu akan mendapat saham dan menanggung dosa peminum arak itu sekiranya beliau kembali meminum arak kerana tindakan ungkitan oleh seseorang itu.

6. Perkara ini berlainan dengan kesalahan membunuh , menipu atau mencuri. Pesalah yang membunuh perlu meminta ampun dari Allah dan orang keluarga orang yang dibunuh itu. Seperti kes Altantuya, maka si pembunuh itu perlu meminta maaf dari keluarga Altantuya Saribu itu sendiri untuk mendapat pengampunan Allah.

7. Amnya, Tok pinta janganlah diungkit lagi isu meminum arak ini kecuali Zaid memang masih lagi aktif dengan sifat peminumnya. Tetapi kini terbukti Zaid sudah bertaubat sejak menyertai Pakatan maka adalah tidak adil dan menjadi satu pengkhiatan bila UMNO meneruskan isu arak ini.

8. Tok minta pemimpin UMNO segera hentikan perkara ini. Allah yang lebih mengetahui hambaNya yang bertaubat.

Khamis, 25 Mac 2010

Politik kotor UMNO merugikan Melayu dan Negara!

1. Ramai rakyat marhain di Kelantan dinafikan subsidi bantuan baja..Bantuan tidak diberi sekiranya tidak menyokong UMNO..ketua cawangan UMNO tidak sesekali akan menyokong borang yang memerlukan tandatangan mereka walaupun petani itu amat miskin dan memerlukan bantuan baja dari kerajaan demi meneruskan usaha menanam padi.

2. Maka rakyat yang susah terus susah... puak puak durjana ini bertindak kejam seperti Firaun. Mereka sanggup melihat beribu-ribu ekar tanah padi terbiar demi pegangan politik mereka yang sempit itu.

3. Ketahuilah, kalau masih tak faham, duit untuk membeli baja itu bukan dari duit UMNO tapi dari duit cukai rakyat juga. Kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hanya diamanahkan untuk menguruskan bantuan itu dengan cekap dan profesional.

4. Maka di sini tok harap hentikanlah amalan politik sempit ini. Berkhidmatlah dengan amanah demi rakyat. Amanah yang diberi untuk membantu petani mengusahakan tanah padi perlu dilaksanakan dengan ikhlas. Jangan ada rasa dengki dan berat sebelah.

5. Harap UMNO sedar kerana tindakan ini amat MERUGIKAN Melayu dan Negara.

Jumaat, 12 Mac 2010

Benarkah kata UMNO PR tidak buat apa apa di Selangor?

Banyak sekali projek dan program yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyatnya. Namun media menyembunyikan perkara ini malah melaporkan bahawa kerajaan negeri Selangor langsung tidak melakukan apa-apa serta gagal menunaikan janji dalam manifestonya.

Antara program yang telah dijalankan ialah :-

1) Memperuntukkan sebanyak RM56 juta bagi pelaksanaan program-program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” (MES) fasa 1, yang meliputi: Pertama, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Pada tahun 2009, seramai 11,858 orang bayi yang lahir sejak Januari 2008 di negeri Selangor menerima RM100 setiap seorang untuk program tersebut, yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM13.5juta.

(2) Program Bekalan Air Percuma sebanyak 20 meter padu kepada semua meter individu. Bantuan ini ternyata dapat membantu mengurangi beban kewangan rakyat sebanyak RM10.40 setiap bulan. Kerajaan Negeri membelanjakan RM9.8 juta sebulan untuk tujuan ini. Oleh itu, saya menyeru agar rakyat Selangor menghargai dan menggunakan air dengan cermat di rumah dan pejabat.

(3) Program Hadiah Anak Masuk Universiti, iaitu bantuan wang tunai RM1,000 kepada anak Selangor yang mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Bantuan ini bagi membantu ibu bapa miskin menampung keperluan kewangan bagi anak mendaftar di IPT tersebut.

(4) Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi membantu mengurangi beban kewangan waris warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di Selangor. Sebanyak RM2,500 disumbangkan oleh Kerajaan Negeri kepada setiap orang yang mendaftar dan layak menerima bantuan. Sehingga hari ini, Kerajaan Negeri membelanjakan RM21.6j dan disampaikan kepada 9,778 waris. Kad keahlian pelbagai guna pula diberikan kepada dua golongan ini untuk mendapatkan kemudahan manfaat kesihatan, makanan dan diskaun tertentu.

(5) Program Meningkatkan Hasil Batuan dan Mineral. Peningkatan pendapatan daripada sumber alam ini, seperti pasir, dapat disalurkan semula kepada seluruh rakyat Selangor yang memerlukan pembelaan dan bantuan kewangan.

(6) Program Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC). Sebanyak enam pusat ditubuhkan di enam hospital di seluruh Selangor bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga mendapatkan rawatan, termasuk khidmat kaunseling dalam kes penderaan kanak-kanak, dan pelindungan wanita.

(7) Program Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang, iaitu sumbangan ditawarkan kepada anak-anak keluarga miskin untuk menyambung pelajaran dalam kursus kemahiran teknikal di INPENS. Setakat ini, 130 pelajar sedang mengikuti kursus tersebut.

(8) Pada tahun 2009 agenda MES fasa 2 memberi insentif kepada golongan pekerja awam. Wanita pekerja awam yang bersalin diberi suti 90 hari. Suami yang isterinya bersalin diberi cuti 14 hari manakala isteri yang kematian suami diberi cuti sebulan. Kerajaan Persekutuan dilaporkan kelmarin baru menimbang untuk memberi kelulusan cuti bersalin 90 hari.

(9) Program, aktiviti serta insentif dalam agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor” fasa 3 bakal diteruskan pada tahun 2010 ini.

(10) Bagi merancakkan ekonomi negeri dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang belum reda pula, Kerajaan Negeri memulakan enam projek besar, yang dilaksanakan secara pelaburan modal asing (FDI) yang bernilai RM50 ribu juta atau RM50 bilion, dan dijangka menyediakan 150 ribu lowongan kerja di pelbagai peringkat.

(11) Enam projek itu adalah pembersihan dan pembangunan Sungai Klang, peningkatan hasil tanaman padi di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam, penambah baik rangkaian pengangkutan awam, pemodenan rangkaian jalur lebar, pembangunan kawasan pinggir bandar di Petaling Jaya dan Kelang, pembangunan projek rumah terbengkalai, dan pengambilalihan syarikat konsesi air Selangor.

(12) Garis Kemiskinan Negeri Selangor kini ditetapkan pada kadar baharu, iaitu pendapatan isi rumah sebanyak RM1,500 sebulan. Kerajaan Persekutuan pula menetapkan Garis Kemiskinan pada pendapatan RM740 sebulan. Ia bermakna, dianggarkan sebanyak 30 peratus daripada 5.4 juta orang penduduk Selangor tergolong dalam kelompok berpendapatan RM1500 sebulan.

(13) Bagi memastikan program-program pembasmian kemiskinan terus dilaksanakan, maka kerjasama dan sokongan semua lapisan jentera pelaksana dan agensi sokongan sangat diperlukan terutama dalam usaha mengenal pasti warga Selangor yang tergolong dalam kelompok RM1500 sebulan. Usaha ini penting bagi memastikan bantuan-bantuan dapat terus disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

(14) Dalam aspek menyediakan tempat perlindungan, Kerajaan Negeri membantu membaik pulih rumah dengan anggaran kos RM7,000 sebuah atau dibina semula dengan kos RM30,000 bagi rumah tiga bilik tidur. Bagi tujuan ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM6 juta untuk baik pulih rumah tahun 2010.

(15) Kerajaan Negeri Selangor, memperuntukkan RM1 juta bagi membantu ketua isi rumah yang tergolong miskin tetapi mempunyai kemahiran tertentu untuk memajukan diri dalam bidang perusahaan dan seterusnya berusaha keluar daripada kepompong kemiskinan. Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan bagi rakyat yang memerlukan rawatan penyakit katarak mata sebanyak RM700, bantuan RM60 sekali rawatan cuci buah pinggang, dan pembedahan kecil tidak melebihi RM1,500.

(16) Kerajaan Negeri turut membantu pembangunan Kampung Baru/Tersusun/Bagan di Selangor. Pada tahun 2009, sebanyak RM4 juta dibelanjakan untuk pembangunan kampung baru seluruh Selangor. Bagi tahun 2010, peruntukan yang sama ditambah kepada RM5.4 juta. Padahal kerajaan dahulu hanya memperuntukan RM200 ribu untuk tujuan ini. Secara logiknya, peruntukan tersebut jauh daripada mencukupi!

(17) Pembangunan semula kawasan Bukit Botak merupakan antara contoh terdekat di Selayang ini, iaitu apabila Kerajaan Negeri mengambil alih pengurusan projek dengan memastikan reka bentuk rumah, lanskap persekitaran dan keperluan awam menepati keperluan hidup sekarang. Usaha yang berterusan ini bakal memahat keyakinan dan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Dan banyak lagi ...........

Sumber :Harakahdaily / MUTALIGAT

Khamis, 18 Februari 2010

Kartika & Hukum Sebatan!

1. Sekoyong koyong, maka Menteri Dalam Negeri mengistiharkan dengan bangganya bahawa Kartika Sari Dewi bukan lagi orang yang pertama akan di rotan kerana kesalahan syariah. Tok pon agak keliru kenapa pak Menteri kita itu mahu orang lain dulu dirotan daripada Kartika.

2. Maka pak Menteri dalam negeri pun berkata bahawa jangan di hebohkan isu-isu hukuman yang belum dijatuhkan ke atas Kartika Sari Dewi itu kononnya takut mencemarkan kesucian Islam. Bila pula pak Menteri itu mengambil berat tentang kesucian islam?

3. Juga Pak Menteri Dalam Negeri berkata hukuman keatas 3 wanita islam yang disebat itu adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada mereka. Tapi tok nak tanya kenapa pula pengajaran kepada Kartika Sari Dewi pak Menteri lewatkan?

4. Dulu, pak Menteri juga berkata pihak penjara tidak ada kepandaian dalam merotan wanita mengikut cara islam. Sedangkan banyak ahli bijak pandai islam di Malaysia ini sedia memberi bantuan untuk tujuan itu.

5. Tetapi tiba-tiba 9 Februari lepas pandai pula pihak jabatan penjara menjalankan hukuman rotan itu..sedangkan hukuman Kartika Sari Dewi masih tidak dijalankan.

6. Tok pasti semua rakyat Malaysia yang prihatin tentang isu Kartika Sari Dewi ini inginkan jawapan sebenar.. bukan nya jawapan retorik yang cuba menghilangkan isu yang sebenar.

7. Tok harap pihak UMNO/BN tidak lagi cuba mempermainkan hukum Allah..jangan sampai Allah menurunkan bala ke atas semua rakyat di Malaysia..

Sabtu, 13 Februari 2010

Busuk sudah nama negara Malaysia!

1. Tok lihat nama baik jalur gemilang kian hilang ditelan zaman.

2. Zaman ini PM Malaysia telah dituduh oleh pihak akbar antarabangsa terlibat dengan pembunuhan Altantunya. Namun Tok hairan kenapa Malaysia tidak mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat tuduhan itu. Tapi sebenarnya seluruh rakyat Malaysia yang berilmu mengetahui kenapa penakutnya kerajaan Malaysia untuk menyaman pihak tersebut dan memulihkan nama baik perdana menteri Malaysia.

3. Kes liwat DSAI mula mendapat perhatian antarabangsa sehingga 50 ahli parlimen dan politik Australia menghantar memorandum agar kerajaan Malaysia menghentikan sandiwara itu. Tok lihat orang luar pon boleh menilai kebenaran tuduhan dan ketidak adilan mahkamah yang dilihat tidak professional dan berat sebelah.

4. Tok teringin sangat melihat mahkamah mengendalikan kes kes berprofil tinggi dengan secara adil dan saksama tanpa ditekan oleh pihak pihak tertentu. Mahkamah perlu segera memulihkan kepercayaan rakyat akan keluhuran undang undang di negera Malaysia.

5. Selagi empat entiti penting negara iaitu PDRM, SPRM, SPR, Mahkamah dilihat bertindak tidak professional dan berat sebelah seperti sekarang,rakyat akan sentiasa merasa resah, pihak luar akan memandang rendah negara ini, negara ini pasti sukar atau gagal untuk menjadi negara maju pada 2020 nanti.

6. Cuba kita lihat bagaimana 4 entiti diatas dijalankan di negara negara maju. Entiti entiti tersebut amatlah professional dan tidak double standard seperti di Malaysia.